Diy Sweatpants anak
Keluarga,  Review

4 Langkah Menjahit Sweatpants Menggunakan Fabrik French Terry Untuk Si Comel Anda

Awal tahun ini saya berkesempatan menjahit sweatpants menggunakan fabrik French Terry untuk ketiga-tiga sicomel saya. Sebenarnya dah setahun saya peram, atau tak dijahit-jahit, kain ini. Masa itu semangat betul saya minta sponser dari suami untuk beli terus fabrik French Terry bercorak celoreng ni sebanyak 4 meter untuk jahit seluar satu family. Haa satu family tu. Akhirnya selepas setahun peram, dapat juga saya siapkan seluar anak-anak je dulu. Jadi lah ya.. (at least.). Kejap2 lagi sambung seluar ummi dengan daddy diorang pulak insyaAllahh….!

Baiklah, Sebelum saya kongsikan cara saya jahit sweatpants ini, saya akan kongsikan dahulu serba sedikit mengenai fabrik French Terry. Biasa tak dengar fabrik French Terry ini? Saya rasa tukang jahit pun kalau yang tak biasa dengan kain jenit knit mungkin ada yang tak tahu mengenai fabrik French Terry ini.

Fabrik French Terry

Merupakan sejenis fabrik knit iaitu hampir sama seperti jersey, lycra dimana ianya dipermukaan kain ini kelihatan dihasilkan dari gegelungan benang. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan bersifat memeri (elastik, anjal)

Sebenarnya didalam komuniti tukang jahit, ada yang sangat obses dengan fabrik jenis knit, yang punyai ciri-ciri memeri, ini. Harga kain dari jenis knit ini pun bukan kaleng-kaleng, atau bukan main-main, terutama corak trendy dan yang berkualiti tinggi. Sudah tentu ada sahaja yang murah tapi biasanya kualiti juga akan lebih rendah.

Penggemar kain fabric knit ini sanggup spend duit lebih untuk buat koleksi fabrik yang ini beraneka corak dan harga semeter kebiasaannya mencecah RM30.

French Terry merupakan fabrik yang sederhana berat, dimana ianya lebih ringan dari fabrik sweatpants musim sejuk tetapi lebih berat dari tshirt harian kita. Ia mempunyai ciri-ciri yang selesa, menyerap kelembapan yang tinggi, pengudaraan yang bagus dan memberi rasa sejuk kepada pemakai.

Menjahit sweatpants menggunakan fabrik French Terry

Baiklah, berikut merupakan bahan-bahan yang sekurang-kurangnya perlu anda untuk kita jahit sweatpants ini.

bahan menjahit sweatpants
Bahan untuk menjahit sehelai sweatpants saiz anak umur bawah 7 tahun
  • Fabric French Terry 3/4 meter
  • Fabric Rib 1 x 1 ( kegunaan dihujung seluar)
  • Getah Pinggan lebar 1/2″
  • Gunting kain
  • Jarum peniti
  • Pita pengukur
  • Mesin Jahit

4 Langkah menjahit sweatpants

1. Rujuk ukuran seluar contoh

Ambil seluar contoh anak, kalau boleh pilih seluar yang saiznya selesa dipakai anak pada waktu itu. Ukuran ini boleh dilebihkan sedikit sebelum digunting. Anak-anak kecil ini pertumbuhan mereka sangat cepat, jadi kalau boleh kita besarkan sedikit dari saiz seluar yang hendak dijahit/

Seluar contoh yang digunakan untuk memotong kain
Lipat dua kain F.Terry dan potong kain ikut ukuran seluar contoh

Di bahagian pinggan, saya lebihkan ukuran dalam 3 inci. Ia bertujuan untuk memasang getah pinggang. Dan dibahagian hujung seluar pula, saya budget untuk mencantumkan dengan Fabrik Rib yang lebarnya dipotong 3 inci dan panjangnya pula kurang 0.5″ dari saiz hujung seluar. Ini adalah kerana kebiasaan kain rib pada hujung seluar bersifat mencengkam, “grib” pada pergelangan kaki.

Seluar yang telah dipotong
Dihujung seluar ini saya lebihkan panjang supaya lebih labuh dan anak boleh pakai lebih lama
Potongan kaki yang sebelah pula
Guna potongan tadi sebagai rujukan untuk memotong kaki seluar yang satu lagi

2. Jahit cantum

Mula-mula, seluar hendaklah dibentang dan bunga kain terletak dibahagian dalam. Langkah yang mudah seterusnya adalah dengan jahit cantum kedua belah kiri dan kanan seluar dimulai dengan jahitan di bahagian A seperti didalam gambar dibawah.

Baca juga perkongsian saya DIY langsir dibilik anak-anak

Jahit cantum pertama
Jahit cantum di kedua-dua bahagian berlabel A

Selepas itu, ubah tebaran kain ini seperti didalam gambar dibawah untuk meneruskan jahit cantum seterusnya.

Jahit cantum kedua
Jahit sekali jalan dari hujung kaki seluar kiri kekanan (atau kanan ke kiri)

3. Jahit Rib

4. Jahit Getah Pinggang

Untuk jahit getah pinggang ni actually lama juga saya belajar sebelum ni baru la pandai nak jahit. Alhamdulillah rupanya hikmah saya duk peram setahun kain ini agaknya supaya saya upgrade ilmu jahit dulu dan tak rosak kain-kain ni saya kerjakan. Haha.

Saya tak dan nak buat video, tapi anda semua boleh rujuk tutorial Jahit Getah Pinggang Nisa Abas ini. Saya banyak belajar dari video-video beliau.

Adakah anda ingin cuba menjahit sweatpants menggunakan fabrik French Terry?

Fabrik French Terry ini saya dapat melalui Puan Siti Maheran Ibrahim.

Disclaimer: Mohon maaf sekiranya terdapat “term” jahitan yang bukan mengikut silibus formal didalam kursus jahitan kerana ianya bukanlah bidang saya dan ini hanya merupakan perkongsian serba ringkas mengenai pemilihan fabrik dan cara saya menjahit seluar anak-anak dengan mudah.

An Entrepreneur. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (Manufacturing & Trading of Muslimin & Muslimah Apparel). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

37 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: