bidai custom-made yang murah & berkualiti pilihan wanita moden
Review

Bidai Custom-Made Yang Murah & Berkualiti Pilihan Wanita Moden

Bidai dan langsir merupakan antara elemen penting didalam sesebuah tempat kediaman. Ia merupakan perlindung dan juga penyeri. Ia melindungi isi rumah iaitu harta benda dan keselamatan penghuninya dari terlihat oleh orang awam diluar dan ia juga memberikan rasa “privacy”. Bidai dan langsir ini juga boleh menjadi penyeri dan perhiasan yang dapat mencantikkan sesebuah tempat kediaman itu. Pada entry kali ini, saya akan menceritakan kepada anda mengenai apakah itu bidai, kelebihan dan jenis-jenis bidai serta yang paling penting, dimana boleh anda dapatkan bidai custom-made yang murah & berkualiti yang menjadi pilihan kontemporari wanita moden.

Apa itu bidai?

Secara umumnya, mengikut definasi dari kamus dewan dan bahasa, bidai merupakan jalinan dari beberapa bilah material yang membentuk tirai. Kebanyakkan bidai diperbuat dari bahan berunsurkan kayu, buluh, aluminium atau juga dipanggil aluminium louver.

Bilah pada bidai ini boleh dilaras agar dapat dibuka untuk membenarkan cahaya menerusinya ataupun boleh juga ditutup untuk menghalang cahaya dari memasuki ruangan kediaman.

Bidai didatangi dengan pelbagai warna dan ton warna, dan kebiasaannya tidak bercorak. Memandangkan bidai sangat efisyen menghalang cahaya dari menembusinya, kebiasaanya bidai dipilih untuk dipasang di bilik tidur.

Bidai yang mempunyai louvers horizontal biasa menjadi pilihan umum. Walau bagaimana pun, terdapat juga bidai jenis vertical louver.

Bidai vertical  louver,
Bidai vertical louver

Faktor pemilihan bidai

Kebiasaanya, kita akan membuat kira-kira dan buntu dalam membuat pilihan apabila mahu memasang bidai dan jenis apakah yang betul-betul sesuai untuk kediaman kita? Jangan bimbang; ia sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan dahulu sebelum membeli.

Stail Interior

Bidai mempunyai beberapa jenis dan ianya dipilih berpandukan kepada mood ataupun stail interior yang penghuni idamkan. Pemilihan bidai dilihat semakin popular dimana kebanyakkan penduduk tempatan terutama dikawasan urban yang cenderung menyukai konsep moden, industrial dan ala-ala scandanavian, mula memilih untuk memasang bidai berbanding langsir, shades dan sebagainya. Ini berikutan kerana konsep bidai yang ringas berstruktur membuatkan ia kelihatan “clean-cut” atau bersih.

Kos efektif

Bidai juga mempunyai banyak kategori dan diperbuat dari material yang berperingkat dari segi kualitinya. Material seperti vinil mempunyai harga lebih mampu milik berbanding aluminium, kayu ataupun bidai yang bertekstur.

Penjagaan

Untuk kesan jangka panjang, bidai amat sesuai digunakan kerana ianya bersifat tahan lasak dan tidak pudar berbanding langsir yang menjadi semakin pudar akibat terdedah kepada cahaya matahari dan basuhan.

Bidai Roller (Roller Blind) antara yang termudah dari segi penjagaan kerana ianya tidak mempunyai bilah seperti kebanyakkan bidai yang lain.

Bidai bergulung (Roller Blind) Kain Jenis Blackwell, bidai custom-made murah & berkualiti
Bidai bergulung (Roller Blind) Kain Jenis Blackwell

Kawal Cahaya

Ini merupakan faktor terpenting sebelum pemilihan bidai. Kadar mengawal cahaya dan mencegah dari penglihatan luar adalah ciri amat penting yang perlu ada pada bidai/langsir.

Langsir, umumnya diketahui sebagai item yang membantu menghalang cahaya dari memasuki sesebuah kediam. Tetapi ianya tidak mampu mengawal kadar cahaya yang masuk (light filtering control).

Peratus saringan bidai dari blindshub.com, bidai custom-made murah & berkualiti
Peratus saringan bidai dari blindshub.com

Sekiranya anda ingin mampu mengawal kadar cahaya didalam ruangan kediaman anda, maka dengan memilih bidai merupakan satu langkah yang tepat kerana bidai mempunyai ciri-ciri peratus saringan cahaya pada bahannya yang membantu anda untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk mengikut yang anda kehendaki.

Kepelbagaian jenis bidai

Terdapat beberapa jenis bidai dimana ianya sesuai untuk menjadi pilihan pengguna yang mempunyai berbagai citarasa yang berbeza. Pemilihan jenis bidai yang menepati cita rasa bukan sahaja mencantikkan kediaman anda, tetapi ianya juga memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti hidup dan gaya peribadi seseorang.

Bidai yang menepati citarasa memainkan peranan dalam meningkatkan gaya peribadi dan kualiti hidup

Elyza Yong

Bidai Gulung (Roller Blinds)

Diperbuat dari fabrik yang keras dan boleh digulung ke atas untuk pembukaan. Kini ianya hadir dengan bermotor atau secara manual dimana dengan menarik tali yang terdapat ditepinya untuk menggulungkannya bagi membenarkan cahaya menerusinya. Bidai ini kebiasaannya diguna pada tingkap pejabat.

Bidai Zebra Gulung (Zebra Blind) dari kain jenis Tisa, bidai custom-made murah & berkualiti
Bidai Zebra Gulung (Zebra Blind) dari kain jenis Tisa

Bidai menegak (Vertical Blinds)

Diperbuat dari material fabrik, plastik atau aluminium. Rantai kunci di bahagian hujung bidai ini memudahkan ianya untuk dibuka dan ditutup. Bidai ini dipasang secara menegak dan selalu dipasang pada tingkap hospital.

Bidai Bulu/ Bidai Kayu (Wood Blinds)

Bidai kayu ni biasanya dipasang sebagai bidai outdoor seperti di balkoni, patio, gazebo, belakang rumah dan sebagainya. Bagi yang sukakan dekorasi rumah bertemakan antik, bidai ini sesuai dan patut menjadi pilihan kerana ia memberikan suasana “vintage” dan tenang seperti konsep kampung.

Bidai Kegunaan Luar (Outdoor Blind), bidai custom-made murah & berkualiti
Bidai Kegunaan Luar (Outdoor Blind)

Bidai Roman (Roman Blinds)

Pilihan paling popular jika berbicara mengenai bidai untuk hiasan dalaman. Boleh diperbuat dari apa sahaja fabrik mengikut kehendak anda termasuk fabrik yang digunakan untuk langsir. Ianya kemas dan teratur.

Dapatkan juga pilihan menarik bidai dan shades secara online di New Way

Bidai Roman (Roman Blind) Kain Jenis Cara,
Bidai Roman (Roman Blind) Kain Jenis Cara

Blindshub.com menyediakan bidai custom-made murah & berkualiti

Blindshub.com merupakan sebuah syarikat yang sudah berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam merekabentuk dan mengeluarkan tirai, langsir, tirai roller dan perabot lain untuk kegunaan dirumah, hospital dan premis perniagaan. Dan ianya juga menzahirkan pengalaman itu ke dalam setiap produk yang dihasilkan. Ini adalah bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat produk yang bermutu dan menepati citarasa.

Material dan fabrik

1) Banyak pilihan warna dan fabrik.

2)Terdapat pelbagai jenis langsir bidai (Zebra Blinds, Roller Blinds, Roman Blinds, Solar Blinds, Exterior Solar Blinds)

3) Jaminan mutu kain yang terbaik. 

4) Pelbagai jenis kain untuk dipilih untuk menapis cahaya yang masuk ke dalam ruang. (Blackout, Light Filtering, 4%, 5%, 10%)

Mengapa anda perlu memilih blindshub.com?

1) Langsir bidai yang murah. Kerana dengan mempunyai kilangnya sendiri, proses pembuatan dan pengeluaran produk adalah lebih lancar. Oleh itu, harga yang ditawarkan sudah tentu lebih murah berbanding pesaing lain. Jaminan harga murah dengan kualiti terbaik!

2) Jaminan kualiti yang terbaik dengan kawalan mutu (Quality Control checking) di laksanakan. Kawalan mutu ini dilakukan setiap kali selepas produk disiapkan iaitu sebelum barang dibungkus dan dihantar kepada pelanggan.

3) Ciri-ciri khas langsir bidai yang tersendiri iaitu kalis air, kalis api, wind-proof, dan crack-resistant.

4) Mudah dipasang sediri di rumah (DIY), mudah digunakan serta dibersihkan.

7) Sudah tentu ianya Made in Malaysia.

9) Custom-made. (Bukan Ready-Made) Pengeluaran hanya dibuat apabila ada pesanan masuk. 

10) Pengeluaran hanya mengambil masa satu hingga dua hari bekerja untuk pesanan disiapkan. Masa penghantaran dua hingga tiga hari bekerja diperlukan selepas pesanan siap. 

11) Penghantaran percuma seluruh Malaysia apabila anda berbelanja RM 75.00 dan ke atas (Terhad pada tempoh tertentu sahaja)

12) Jaminan Kepuasan 100%.

13) Waranti jaminan langsir bidai yang muat dengan betul pada ruang tingkap dan pintu.

14) Mengelakkan silau cahaya matahari pada siang hari dan silauan lampu di waktu malam.

 15) Menghalang haba luar daripada masuk ke dalam ruang sekaligus mengekalkan udara sejuk di dalam rumah.

Baca juga perkongsian saya menengai cara DIY menjahit blackout curtain (back tab)

An Entrepreneur. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (Manufacturing & Trading of Muslimin & Muslimah Apparel). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

17 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: