
10 Pemikiran Memotivasikan Anda Untuk Melakukan Apa Sahaja
Untuk berjaya, kita perlu ada pemikiran yang memotivasikan kita untuk cekal dan tidak putus asa dalam mengejar cita-cita. Pada entry kali ini, saya akan kongsikan 10 pemikiran memotivasikan anda untuk anda lakukan apa sahaja
1. Saya boleh lakukannya
Dengan percaya pada diri sendiri bahawa “Saya boleh buat apa sahaja”, ia menjadi pembakar semangat untuk anda mencuba perkara baru. Jika dari mula sudah tidak percaya anda mampu, maka untuk betul-betul melakukan sesuatu itu sudah tentu jauh sekali.
Whether you think you can, or think you can’t – you’re right.
Henry ford
2. Ini sebab kenapa saya boleh!
Selepas itu, senaraikan segala kemungkinan dan sebab “mengapa saya boleh melakukannya”. Dari sini, anda akan nampak lorong-lorong untuk mengapai impian anda. Sekiranya alasan untuk tidak berjaya yang diberi, sudah tentu tidak akan berjaya.
3. Tiada istilah terlambat
It is always now or never. Terkadang kita rasa sudah terlambat untuk memulakan sesuatu itu. Pemikiran sebegini yang menangguh-nangguhkan kita untuk bertindak dan akhirnya tidak melakukan apa-apa tindakan.
Mulakan sekarang. Jangan dipandang hasilnya sahaja, fikirkan juga kebaikan-kebaikan dan hikmah yang bakal diperolehi sepanjang proses menggapai impian itu.
Jikalau di tanganku ada sebutir biji benih dan aku tahu keesokan harinya akan kiamat, nescaya aku akan tanam biji benih berkenaan
Saidina Umar Al-Khattab
Sebagai orang islam, kita percaya bahawa setiap usaha yang baik itu tidak sia-sia dan diganjari oleh Allah s.w.t
4. Akan sentiasa ada cabaran
Ingat, cabaran merupakan proses pembelajaran. Ia membantu untuk kita sentiasa menjadi lebih baik. Jangan rasa terancam dan takut dengan cabaran.
Bersedia.
Alu2kan cabaran itu kerana ianya pasti. Dan ianya normal.
Apa yang perlu kita lakukan adalah bertenang dan cari penyelesaian untuk setiap cabaran itu. Pada akhirnya, kita akan sedar kita semakin mahir dan maju.
5. Tiada “perfect time”
Percayalah, tiada istilah masa yang sempurna.
In any moment of decision, the best thing you can do is the right thing. The next best thing is the wrong thing. The worst thing you can do is nothing
Theodore Roosevelt
Baca juga 7 perkara perlu dielak untuk hidup tidak gagal
6. Saya berhak mendapat lebih lagi
“Saya berhak dapat lebih dari ini jika saya usaha betul-betul untuk kejar impian saya!”
Sentiasa percaya bahawa diri anda amat bernilai dan mampu melangkah lebih jauh.
Bila anda mempunyai kepercayaan ini, anda mula nampak dan alert akan peluang dan langkah seterusnya didepan anda. Ingat
What you focus on, grows.
7. Tiada perancangan yang sempurna dari awal
Perancangan awal itu penting tetapi tiada perancangan yang sempurna dari awal hingga akhir. Perancangan boleh berubah mengikut kesesuaian situasi.
Kadang ianya perlu diubah apabila dirasakan sudah tidak relevan atau jika mempunyai idea yang lebih baik.
Terkadang, kita menghabiskan masa hanya dengan merancang dan menghabiskan banyak masa dalam merancang sesempurna yang mungkin, walhal apa yang lebih penting adalah mula bertindak.
8. Setiap orang bermula pada satu titik
Kita perlu memulakan sesuatu pada satu titik, dan mula bertindak itu lebih baik dari tidak memulakan langsung.
Mulakanlah dengan apa yang ada dan “start small” supaya anda tidak cepat putus asa. Konsistensi juga adalah penting selepas mula bertindak.
Everybody has to start somewhere. You have your whole future ahead of you. Perfection doesn’t happen right away
Haruki Murakami
9. Satu langkah dalam satu masa
Bermula dari sikit dan berhati-hati itu lebih kukuh asasnya. Risiko kerugian juga adalah lebih kecil dan selamat.
Great things are not done by impulse, but by a series of small things brought together
Vincent Van Gogh
10. Semuanya akan bertambah baik
Night is always darker before the dawn
UN
Bertahan dan jalan terus. Setiap ujian yang datang membuatkan kita menjadi lebih baik jika kita mengambil pengajaran dan memperbaiki ke arah yang lebih baik.
Sentiasa berfikiran positif, bertenang dan bertindak.
Everything gets better with time, and time is forever
UN
10 pemikiran memotivasikan ini sangat membantu saya dalam mengejar impian saya. Semoga ia juga memotivasikan anda!


One Comment
Umpan Ikan Mas Kilo Gebrus
Thanks for sharing,.