
Avana e-Commerce Platform Pilihan
Tahun ini masuk tahun kedua saya menggunakan perkhidmatan Avana sebagai e-commerce platform. Semenjak mula berniaga online (tahun 2014) saya telah mula survey platform e-commerce yang sesuai dan berbaloi dari segi harga, features yang ditawarkan dan juga sejauh mana tahap “mesra pengguna”nya. Didalam entry ini, saya akan senaraikan 6 sebab mengapa Avana e-commerce platform pilihan saya.
1. Level up perniagaan online
Bukan hanya kepada peniaga online, malah sekarang peniaga offline juga sudah mula berjinak-jinak dengan teknologi IT untuk mengembangkan perniagaan mereka sejajar dengan peredaran zaman dan perkembangan semasa perniagaan iaitu memiliki e-commerce.
Lambat tinggal
Ya, dalam dunia perniagaan ini, jika kita tidak ikut trend, kita akan ketinggalan.
Jadi jika anda seorang peniaga, dengan memiliki e-commerce melalui Avana dan mempunyai domain jenama anda (contoh: www.jenamaanda.com), ianya mampu membawa brand dan bisnes anda ke peringkat seterusnya yang lebih tinggi.
Baca juga : 5 sebab perniagaan anda perlukan ecommerce untuk berkembang
2. Unlimited produk dengan harga berpatutan
Pada awal berbisnes dulu, saya ada menggunakan khidmat dari Luckyregister.com sebagai ecommerce platform. Ia merupakan syarikat internasional dimana pembayarannya menggunakan kad debit. Untuk membuat pembayaran mengunakan kad debit, terlebih dahulu saya berurusan dengan pihak bank untuk memberi akses kad debit ini untuk membuat pembayaran internasional.
Luckyregister.com dan juga kebanyakkan ecommerce platform yang lain mempunyai beberapa pakej yang menghadkan jumlah produk yang boleh diupload di dalam webstore. Bagi bisnes yang mempunyai lebih banyak produk, pakejnya menjadi lebih mahal.
Avana merupakan satu-satunya platform yang tidak menghadkan jumlah produk untuk diupload (ianya unlimited) dan pakej yang disediakan amat berbaloi berbanding ecommerce lain terutamanya yang dari luar negara.
Disebabkan avana merupakan syarikat bumiputera yang bertempat di malaysia, segala pembayaran, soal jawab dan isu yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
3. Sistem pembelian lengkap dan profesional
Ibaratnya anda seperti menggaji pekerja yang menguruskan proses pembelian dari awal tempahan, pembayaran dan sehingga ke proses pengeposan
Secara ringkasnya dapat saya senaraikan kelebihan Avana iaitu membantu anda
- Menyediakan maklumat lengkap produk : harga, variasi, stok terkini
- Menerima tempahan
- Memberi invoise kepada pelanggan selepas tempahan dibuat oleh pelanggan
- Memberi notifikasi pada email anda mengenai pembelian
- Memaklumkan sekiranya pelanggan telah membuat pembayaran
- Menghantar email resit pembayaran kepada pelanggan, email tracking number
- dan banyak lagi!
Bukan sekadar memudahkan proses pembelian, avana juga mempunyai features untuk anda menempah terus “pos laju pick-up” dari dashboard avana.
Prosesnya sangat mudah dimana anda tidak perlu buka website easyparcel ataupun call pos laju pick-up apatah lagi ke pejabat pos untuk membuat pengeposan. Anda hanya perlu klik pada order yang hendak dipos dan schedulekan pos laju pickup dengan mudah.

Untuk ini, anda hanya perlu top-up amaun Ava-pay anda. (Psstt pengeposannya lebih murah berbanding harga standard pengeposan di pejabat pos laju). Dan berita baiknya adalah, anda boleh top-up Ava-pay ini serendah RM30.
Pelanggan bayar > Anda klik button Pos Laju > Print consignment note > Posmen datang pickup
4. Mengutamakan ciri media sosial
Bagi yang menggunakan Facebook page sebagai medium sosial utama dalam berbisnes, Avana merupakan pilihan yang tepat buat anda.
Ini kerana Avana mengintegrasi Facebook sebagai saluran perniagaan buat peniaga. Pelanggan boleh membuat pembayaran terus semasa membeli melalui facebook tanpa meninggalkan facebook page.
Selain itu, apa yang menariknya adalah database Facebook follower juga dapat dikumpul dan dimuat turun.
Apabila produk diupload di dashboard Avana, ianya boleh terus di kongsi ke Facebook page dan juga Fb profile. Ia juga boleh dikongsi terus ke post instagram, whatsapp, line, blogspot dan banyak lagi!
5. Pengurusan inventori dan admin yang pro dan automatik
Berikut merupakan ciri-ciri yang menarik yang terdapat didalam Avana dalam pengurusan produk dan stok.
- Senarai produk boleh ditambah, diubah suai di Facebook store dan di website didalam satu sistem yang mudah
- Tambah produk dan menggunakan Drag and drop untuk menambah gambar
- Harga diskaun dan promosi boleh diset
- Urus dan track produk didalam inventori
- Produk boleh dikumpulkan didalam kategori masing-masing
- Proses carian gambar boleh dimudahkan dengan menggunakan label
Avana juga mempunyai sistem integrasi dengan online banking untuk menerima pembayaran secara online. Bayaran dari pelanggan tempatan dan juga antarabangsa diterima melalui kad kredit, perbankan dalam dalian dan banyak lagi!
6. Syarikat bumiputera & sistem sokong yang bagus
Avana menyatakan mereka menyediakan sistem sokongan yang mesra pelanggan menerusi live chat, email dan juga Whatsapp.
Berbanding sebelum ini, urusan lebih mudah menggunakan avana kerana ia merupakan syarikat bumiputera yang fasih menggunakan bahasa melayu dan english. Sebarang isu yang timbul dapat disalurkan dengan betul dan selesaikan dengan cepat.
Avana juga menyediakan tutorial pengetahuan asas secara online yang membantu memudahkan peniaga untuk merujuknya sebagai manual mengendalikan dashboard Avana.
Avana juga mempunyai HQ di Ara Damansara dan aktif menganjurkan seminar-seminar pemasaran online (strategi pemasaran dan jualan).


19 Comments
Mama Kembar Tiga
First time I dengar pasal Avana ni. Baguslah, boleh memudahkan urusan para peniaga online.
Nurhasanah Ismail
Avana agak baru lagi tapi dah meluas jugak sampai ke indonesia dan singapore
Aidasue
Thanks for sharing. Yang ni dia punya rate berapa ek? & takut gak kalau downtime dia kerap. Tapi i suka sebab byk function for ecommerce!
Nurhasanah Ismail
Basic plan dalam RM420/year macam tu je. Boleh upgrade ke Business plan utk lebih banyak features tambahan.
Alia
First time dengar pasal avana ni.. Masa awal2 baca tajuk ingat kan resort ka apa ka… Hehhehe.. Thanks for sharing about this
Mimi
Mo wonder la Avana memjadi platform pilihan untuk memasarkan produk. Sebab memang sangat mudah dan menyenangkan seller. Nak upliad gambar produk banyak banyak pun tak jadi masalah. Yang paling best boleh schedule waktu posmen pick barang untuk pos. Memang sangat bagus Avana ni diperkenalkan kepada semua seller untuk mudahkan lagi urusan jual beli.
Mahamahu
Pertama kali kita dengar nama Avana ni hehehehe tapi bagus kalau ia dapat membantu usahawan yang baru dalam dunia IT sekarang yang makin berkembang pesat kita nak guna juga tapi tak ada produk hehehehe..
Nurhasanah Ismail
cepat2 cari produk! hehe
Zaidalifah
Terima kasih berkongsi info mengenai Avana, Sy br tahu ada servis yg macam ni.. Nnt sy nak kongsikan pada familyla sebab diaorang rata-rata suka berniaga.
Nurhasanah Ismail
Sama2 puan. Moga bermanfaat buat mereka 🙂
Wui Kathy
Avana ni blh integrasi dgn Facebook, buat peniaga senang jugak nak buat bisnes on-line ni.
Jia Shin
Great and informative post, this will be really useful for those who are planning to start up a ecommerce and not sure where and what to do.
Nurhasanah Ismail
Great it helps. Thanks
Hanny Abdullah
Terima kasih atas perkongsian. Nanti saya inform kawan saya sb dia tgh cari platform ecommerce cam gini utk tmpt keja dia.
Syamimi
First time dengar pasal avana ni. Bagus kalau mereka yang bakal menjadi seorang usahawan tahu tentang sistem yang boleh memudahkan segala urusan..
Nadia johari
Baru tau berkenaan avana ni.. Nampak macam menarik.. Tapi kita tak menjual.. Boleh share dengan member berkenaan ni. Mana tau boleh bantu diaorang yang ada prdouk kan.. Banyak sekrg platform bantu ushawan ni.
Zharif Azis
satu perkongsian yang cukup berguna dan sangat berinformatif ya. sangat bagus untuk mereka yang nak mulakan perniagaan tapi tak tahu nak pilih platform apa. nanti sy khabar2 kan berita ini pada rakan sy yang nak mula meniaga ya
emi
Eh ni first time sy tahu pasal avana ni. Before ni langsung tak tahu tentang avana ni. Hehe. Boleh usha jugak ni untuk tahu lebih lanjut.
murniwati awang
Bagusla ada platform macam ni..boleh membantu para usahawan yang ingin menggunakan perkhidmatan Avana sebagai e-commerce platform. thanks for sharing