
Skim Hijrah Selangor, Pinjaman & Simpanan Buat Usahawan
Mendapat bantuan modal kewangan untuk melancarkan perjalanan bisnes dan juga mengembangkan bisnes adalah perkara biasa didalam dunia perniagaan. Tetapi peniaga hendaklah berhati-hati didalam menggunakan perkhidmatan agensi yang menyediakan dana perniagaan ini dan peniaga perlu mempunyai perancangan yang sebaiknya ke mana wang itu akan dilabur supaya ianya boleh menjadi ROI (Return of Invesment) yang tinggi dan menguntungkan perniagaan.
Bagi warga Selangor, Hijrah Selangor ada menyediakan bantuan perniagaan. Ianya memang sangat mudah dan cepat. Pada entry ini, saya akan kongsikan manfaat dan skim yang ditawarkan oleh HIJRAH SELANGOR serta pengalaman saya memohon Skim Hijrah Selangor untuk bisnes jahitan.
Kelebihan Skim Hijrah Selangor
- TIGA PERKHIDMATAN dalam SATU urusniaga (Pinjaman + Tabungan + Pelaburan)
- Khidmat Kaunseling anak cemerlang
- Khidmat runding pengurusan perniagaan
- Urusan Insuran Takaful Pinjaman
- Tawaran Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang
2 Jenis Skim Hijrah Selangor
Sebelum ini saya ada membuat survey kepada beberapa peminjam skim hijrah selangor, rata-rata peminjam skim tidak mengetahui yang sebenarnya terdapat 2 jenis skim yang ditawarkan oleh Hijrah Selangor. Ianya adalah
- Skim pinjaman mikro kredit
- Skim “Zero to Hero”
Skim pinjaman mikro kredit
Program HIJRAH SELANGOR menawarkan 2 skim kepada usahawan HIJRAH SELANGOR sebagai fasa permulaan
- Skim 1: RM1,000 hingga RM5,000
- Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000
Rekod bayaran balik pinjaman semasa merupakan asas utama pengukuran kedudukan seseorang peminjam. Bagi usahawan-usahawan yang telah menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan pada fasa permulaan, mereka akan ditawarkan skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang. Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang menawarkan pinjaman seperti berikut:
- Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
- Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)
Baca juga: 5 sebab peniaga perlu memiliki website e-dagang
Skim “Zero to Hero”
Skim ini dinamakan skim ”Zero to Hero” dimana HIJRAH Selangor memilih dan melantik Anchor Company yang berpotensi untuk melaksanakan ”system mentoring” (melatih dan memantau).
Proses pelaksanaan, Anchor Company dan HIJRAH Selangor akan memberi taklimat dan memilih peserta mengikut golongan sasar yang ditentukan, seterusnya, peserta yang terpilih akan diberi latihan oleh Anchor Company mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Setelah tamat latihan, peserta yang betul-betul layak akan membuat permohonan pinjaman HIJRAH Selangor. Setelah lulus permohonan dan ada tempat/tapak untuk berniaga, Anchor Company akan membekalkan peralatan dan bahan perniagaan. Wang pinjaman untuk membeli peralatan dan bahan perniagaan akan disalurkan terus kepada Anchor Company.
Perjalanan perniagaan akan dibimbing/dipantau oleh Anchor Company selama 6 bulan. HIJRAH Selangor akan memantau seterusnya dan memastikan perniagaan berjalan dengan baik dan berdaya maju. Kejayaan usahawan berkenaan merupakan kayu pengukur kejayaan HIJRAH Selangor.
Berikut adalah antara pakej yang ditawarkan beserta Anchor Company:
- Pakej Telekomunikasi oleh syarikat peneraju RED ONE
- Pakej Kiosk Milo oleh syarikat peneraju CHOMMEL ARECA
- Pakej Jahitan oleh syarikat peneraju All Malaysian Creation
- Pakej Bakeri Ria oleh syarikat peneraju Bakeri Ria
dan banyak lagi.
Cara memohon
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
- Memiliki premis perniagaan yang khusus.
- Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah (SSM atau Lesen PBT atau Permit Sementara).
- Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan.
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan.
- satu pinjaman di bawah skim HIJRAH sahaja dalam satu-satu masa.
- Terbuka kepada semua kaum.
Dokumen diperlukan
• Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan,
• Salinan SSM atau Lesen Majlis atau Permit Sementara,
• Gambar Perniagaan 3 Keping,
• Penyata Bank 3 Bulan Terkini (disahkan pihak bank)
• Bil Utiliti Kediaman (Air & Elektrik)
• Gambar Berukuran Passport 2 Keping
Kaedah pembayaran semula
Bayaran dibuat setiap minggu selama tempoh yang telah dipersetujui oleh peminjam (minimum 6 bulan, maksimum 3 tahun).
Bayaran semula yang dibuat adalah = (pinjaman + cas khidmat + simpanan)
Kiranya melalui skim hijrah selangor, peminjam juga akan peruntukkan sedikit wang yang dibayar mingguan itu untuk menyimpan. Duit simpanan yang terkumpul ini boleh diguna pakai oleh peminjam selepas tamat tempoh pembayaran ini nanti.
Baca juga: Pengurusan lengkap akaun bisnes khas buat usahawan kecil
Proses permohonan yang cepat dan mudah
Sejujurnya saya amat berpuas hati dengan proses pengendalian permohonan yang sangat efisyen dari pihak HIJRAH SELANGOR cawangan Klang. Manakan tidak, permohonan dibuat pada waktu pagi, diluluskan waktu petang pada hari yang sama dan proses menanda tangan dokumen pada hari berikutnya.
Pegawai yang bertanggungjawab juga sangat efisyen dan profesional menjawab setiap pertanyaan dan memudahkan proses permohonan. Followup juga sentiasa diberikan kepada para usahawan hijrah selangor.
Sekiranya anda telah memohon dan proses permohonan agak perlahan, saya mencadangkan anda terus hubungi pegawai yang terlibat. Didalam website Hijrah Selangor ada disenaraikan pegawai-pegawai yang ditugaskan disetiap cawangan.
Skim mana yang lebih baik?
Ini terpulang kepada perancangan perniagaan anda. Sekiranya telah mempunyai plan dan hanya perlukan bantuan kewangan, maka boleh membuat pinjaman berbentuk wang iaitu skim mikro kredit.
Tetapi sekiranya anda masih baru didalam perniagaan dan kurang mahir dengan industri yang diceburi, ingin belajar dengan cara yang betul secara “mentoring” dari syarikat yang telah berjaya, maka skim “zero to hero” mungkin skim yang sesuai buat anda.
Untuk maklumat lanjut berhubung Skim Hijrah Selangor, boleh layari
Website: http://www.hijrahselangor.com/
Email: admin@hijrahselangor.com
Talian tetap: +603 5521 2458
Facebook: Hijrah Selangor


21 Comments
ciklilyputih
baru tau gak ni, bagus jugaklah untuk usahawan yang baru mulakan perniagaan ni ek
Ruby
Wah bestnya. Saya suka baca tentang ni. Sebab ramai kawan-kawan dan sedara mara dah mula menceburi bidang perniagaan. Nanti akak hebahkan info ni ya.
Aliff Asyraf Zainal
Waaah, saya yg duduk selangor dah 21 tahun ni pun tak pernah tahu ada skim pinjaman dan simpanan. Bagus kan dalam pada kita meminjam utk luaskan sayap perniagaan, tp kita juga ada simpanan utk cash flow business kita. Good sharing kak!
Abby Onety
Bestnya bisa ada bantuan perniagaan kayak ini ya. Sangat membantu bagi mereka yang menggeluti perniagaan sehingga niaga bisa berkembang. Semoga sukses dalam per iagaan dan tetap jaya selalu
Eyqa Hasnan
Kawan ada kerja kat hijrah. Selalu tengok dia post pasal hijrah. Now baca entry nie pulak. Tahu lebih mendalam pasal ini
Suria Amanda
Wah..berita baik untuk mereka yang mempunyai perniagaan ni.. first time dengar tentang Hijrah ni..bagus disediakan platform mcm ni..memudahkan peniaga yg berkelayakkan..
adianiez AIDA
Selangor, as always, byk kemudahan utk rakyat. Membantu rakyat dari byk angle. Bersyukurlah org Selangor.
Terutama dari segi ekonomi & bisnes gini, mesti dibantu. Barulah dpt mencanakkan ekonomi rumahtangga, seterusnya negara. Terbaiklah Selangor.
Syiera Firdaus
Wow menarik ni. Bagus untuk peniaga yang nak mulakan/kembangkan bisnes dorang. Yela nak simpan modal pun makan masa jugak. Nice sharing😊
Jane
Looks like a good skim for us to save. Hope non-Muslim can invest in such skim too.
Nurhasanah Ismail
Non muslim also can as long as selangorian. Rule no 7 is “Terbuka untuk semua kaum”
Mahamahu
Bagus sekarang dah ada peluang untuk pinjaman orang muda nak jadi usahawan jadi tak ada alasan untuk tidak mula perniagaan kerana tiada modal sekarang dah ada …
nikkhazami
patut la ramai cakap sistem di selangor bagus. mereka memang mengambil berat tentang kebajikan rakyat.bagus sgt skim ni
Hanny Abdullah
Bagusny skim mcm ni utk membantu mereka yang minat berniaga.
Sis pun minat jugak tpi tak tahu nak mulakan bagaimana. Nanti bolehlah sis survey2 cara skim ni..mana tahu boleh join pulk
kylie cre8tone
Looks like it’s a great scheme… very informative.. thanks for sharing… know new knowledge now..
Auni
Oh..bagusnya skim zero to hero tu. Selain dapat membantu pihak pengusaha, dapat juga bantu bakal pelatih..bagus ada bantuan yang macamni. Skim pinjaman mikro kredit tu pun elok jugak untuk iks.
ejulz
terbaek.. banyak peluang di selangor..
Jemput join segmen ejulz jika sudi 🙂
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Mohd noor afham bin mohd hamsi
Assamulaikum mahu buat pertanyaan knp sy punya pinjaman lambat dpt yer..sbb sebelum sy pernah pinjam .dh buat bayaran ni dan sy buat pijaman kali ke 3 tp yang kali ni sy dpt lambat pula..dia kata kena tggu 2 bulan atau lebih..sbb kali dia masuk duit 2 dlm akaun..adakah mcm 2 sy nk kepastian
Mohd noor afham bin mohd hamsi
Assamulaikum sy mahu buat pertanyaan sedikit adakah kali ni pinjaman mmg lambat dpt ker sbb dia pernah kata kena tggu 2 bulan atau lebih..pas kena aktifkn akaun sbb duit msk dlm akaun..adakah betul …bukan dulu dia bagi cek ket..
Nurhasanah Ismail
Waalaikummussalam. Kena mesej pegawai yang encik submit borang permohonan tu encik. Tak silap saya mereka ada meeting untuk luluskan permohonan2 tu. Mungkin permohon encik tu masih dalam proses kelulusan. Apa2 elok terus msg pegawai yang encik berurusan sebab dia lebih tahu.
Sekarang memang mereka terus masukkan ke akaun bank. Sejak dari bulan puasa hari tu tak silap saya.
Zainorashid b.zainudin
Nak tahu borang untuk pinjam skim hijarh selangor macam mana . Ada ke borang untuk isi
Nurhasanah Ismail
Ya tuan, ada borang dan dokumen yang perlu ada. Tuan boleh hubungi dulu pegawai hijrah dipejabat berdekatan. Mereka akn bantu.