
Perkongsian Mompreneur Bersama Rina Salleh
Kita kena jadi wanita-wanita yang uruskan keluarga dan bisnes dengan elegan. Langkah kemas tersusun, bahasa penuh rapi, fikiran jauh ke depan – Rina Salleh
Pada 24 Mac 2018, saya telah menyertai sesi perkongsian bersama Rina Salleh di butik Rina Salleh Shah Alam. Ianya merupakan perkongsian bisnes yang menfokuskan perancangan, strategi, brainstorming, tips dan business circle. Ia dibuka kepada 15 orang momprenuer dan berlangsung selama 3 jam.
Rina Salleh merupakan seorang yang merendah diri dan lemah lembut. Walaupun beliau kelihatan soft diluar, tetapi dari pertuturan dan perkongsian beliau, menonjolkan beliau seorang yang mempunyai visi dan misi yang jelas yang tidak hairanlah bisnes beliau boleh berkembang maju sehingga ke tahap ini.
Perkongsian ini dimulakan dengan setiap mompreneur yang hadir memperkenalkan diri, bisnes dan cabaran yang sedang dihadapi. Seterusnya Rina Salleh memulakan sesi perkongsian bisnes beliau dan memberikan beberapa tips dan cadangan kepada mompreneur yang hadir. Sesi perkongsian beliau diselitkan dengan beberapa soal jawab bersama mompreneur.
Berikut merupakan beberapa point penting yang ditekankan oleh Rina salleh
- Plan 5-10 tahun kehadapan adalah perlu ada pada setiap momprenuer. Supaya apa-apa perancangan kecil atau besar dapat dibuat kearah itu dan tidak hilang fokus.
- Perancangan kewangan tahunan perlu ada, terutamanya target jualan tahunan. Dari situ terhasilnya bajet untuk marketing, kos produk dan sebagainya dengan lebih teratur dan sudah tentu dapat mengelakkan kebocoran duit.
- Database customer perlu ada dan salah satu cara untuk dapatkannya adalah dengan memiliki website jualan.
- Memberi nilai kepada pelanggan. Mompreneur bukan sekadar menjual barang, tetapi perlulah memberi nilai atau manfaat kepada pelanggan.
- Networking sangat penting untuk mencari peluang, menimba ilmu dan juga untuk mengembangkan bisnes.
- Jaga persepsi diri dan syarikat.
Mengenai Rina Salleh
Rina Salleh merupakan director kepada syarikat RSC Resources Sdn. Bhd yang mengeluarkan pakaian berjenama Rina Salleh Clothing. Syarikat beliau ditubuhkan pada Ogos 2015.
Rina Salleh mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2009 dengan menggunakan medium blog dan friendster untuk menjual tudung. Seterusnya perniagaan beliau berkembang dan mula menggunakan website www.rinasalleh.com pada tahun 2010. Setelah dua tahun menjalankan bisnes online, Rina Salleh membuka butik pertamanya di Shah Alam, Selangor pada Disember 2012. Sehingga kini Rina Salleh telah mempunyai beberapa cawangan butik iaitu;
- Shah Alam, Selangor
- Bandar Baru Uda JB, Johor
- Bangi Sentral, Selangor
- Kuala Terengganu, Terengganu
- Melawati Mall, Kuala Lumpur
- Sungai Petani, Kedah
Jenama Rina Salleh bukan sahaja terkenal di dalam Malaysia, ia juga kini menjadi kegemaran muslimah dari luar negara antaranya Singapura dan Brunei.
Antara pencapaian terbesar Rina Salleh Clothing adalah penyertaan ekslusifnya yang pertama iaitu Pre-Launch Hari Raya Collection di Olimpia London bersempena Showcase Muslim Lifestyle 2016.
Pada November 2016 pula, Rina Salleh Clothing telah sekali lagi membuat penampilan antarabangsanya di Tokyo Modest Fashion Show 2016.


9 Comments
Lia Hasty
Lia suka sangat Rina Salleh ni pernah jumpa masa event apa ntah. Suka karakter dia & nak jadikan idola dalam business ni.
budakbandunglaici
perkongsian menarik sesuai jadi inspire kepada wanita luar sana supaya boleh berjaya seperti Rina Salleh
Ayu Rafikah
Bagus klu ada sesi perkongsian macam ni. Belajar dengan otai dlm bisnes dan plg penting jadikan inspirasi bagaimana mereka blh berjaya
airah
jenama Rina Salleh memang dah famous kan. Bestnya dapat join aktiviti business talk macam ni. Airah memang minat berbusiness tapi ada ups and down mood tu
Ikhwan
Glamer Rina Salleh ni…
Cik Rose
plan 5-10 tahun tu selalu ditekankan. Kadang-kadang kita fikir ia tak perlu. Tapi percayalah, ianya penting. Baru kita nampak progress nya kalau kita ada plan.
mamatisya
pernh pegi butik rina salleh dkt shah alam and melawati mall…seronok dpt peluang sertai perkongsian sebegini dan share info bersama di blog utk mereka yg nk ceburi bidang ini…tq for sharing
Yaya Natsumi
Pernah join event Rina salleh dulu. Suka sangat karakter dia yang sangat soft dan down to earth
Pingback: