Bisnes,  Review

9 Sebab Kenapa Pilih Pengeposan dengan Easyparcel

Tiada cas servis pick-up, Malah kos pengeposan lebih murah dari biasa dengan Easy Parcel.

Sebagai seorang mompreneur yang menjana pendapatan 100% dari rumah, saya sentiasa mencari cara yang paling efisyen (jimat kos, masa dan tenaga) untuk menjalankan aktiviti bisnes disamping menguruskan rumah, study dan anak-anak.

Kurier easy parcel
Diantara syarikat kurier yang available di EasyParcel

Berdasarkan pengalaman berniaga online hampir 3 tahun ini, saya kongsikan 9 sebab yang akan membuatkan anda usahawan diluar sana teruja untuk terus mendaftar dan menggunakan platform ini untuk pengeposan.

Kenapa pengeposan dengan Easy Parcel

1. Fast online delivery booking : Tempahan yang amat mudah dan cepat. Ia juga sangat userfriendly. Walaupun anda menempah buat kali pertama, insyaAllah tidak akan menghadapi sebarang masalah. Tapi pastikan talian internet anda hendaklah stabil.

Semudah dengan hanya memasukkan poskod pengirim, penerima dan juga berat item yang ingin anda pos. Seterusnya anda tekan “Quote” untuk lihat senarai harga dan kurier yang available.

2. Multiple courier choices: Anda akan diberi pilihan untuk memilih beberapa syarikat kurier beserta kos pengeposan yang ditawarkan oleh setiap kurier. Ini membolehkan anda untuk membuat perbandingan harga dan dapat memilih harga yang termurah.

list harga kurier di easy parcel

3. Save on every delivery : Harga pengeposan adalah lebih murah berbanding anda pos dikaunter.

4. Easy online tracking : Anda boleh ‘track’ keberadaan item anda dengan mudah.

5. Free door to door collection : Tiada kos servis pickup dikenakan. Anda bebas memilih mana-mana kurier yang anda mahukan. Pada entry sebelum ini saya ada kongsikan mengenai cara pengeposan menggunakan servis pickup langsung dari Pos Laju dimana sekiranya kita tidak mempunyai akaun dengan pos laju, kita akan dicas sebanyak RM 5.30 untuk setiap kali menggunakan perkhidmatan pengeposan itu. Dengan Easy Parcel, ianya percuma.

6. InsurePlus – RM50 Extra coverage : Sekiranya berlaku kes kehilangan item semasa proses penghantaran, pengguna boleh memohon ganti rugi sehingga RM50.

7. Auto-Generated consignment note : Anda tidak perlu lagi mendapatkan consignment note dari kaunter kurier. Kini anda cuma perlu print consignment note terus melalui website.

8. No volume commitments required : Anda tidak akan dikenakan isipadu komitmen. Anda boleh mengepos item anda tanpa perlu risaukan berat atau isipadunya.

9. E-Commerce integration ready : Sekiranya anda menjalankan perniagaan menggunakan platform shopify, woocommerce, ebay dan banyak lagi, anda berpeluang mengintegrasikan alamat pelanggan anda untuk terus menempah pengeposan melalui easy parcel.

Wajib ada jika anda menggunakan Easy Parcel

  1. Printer
  2. Kertas A4
  3. Plastik bungkus parcel
  4. Laptop/ deskop
My small & simple work space

Rekomendasi saya

Sekiranya anda mengepos item lebih dari 13-16 item sebulan, maka anda membuat pilihan yang bijak dengan mengepos menggunakan Easy Parcel. Ini kerana minimum top-up adalah RM100 dimana anda dapat mengepos item dibawah 2 kg serendah RM6.50 ( untuk semenanjung). Rate pengeposan ini adalah valid untuk tempoh sebulan.

Sekiranya lebih dari sebulan, jangan risau, kerana amaun duit anda masih selamat didalam akaun Easy Parcel. Hanya rate pengeposan anda akan kembali normal seperti pengeposan di kaunter Pos Laju iaitu RM 7.20.

Jadi apa tunggu lagi? Sekiranya berminat, anda boleh klik di link bawah ini untuk terus mendaftar!

Daftar masuk ke Easy Parcel sekarang

Kemaskini: Berita baik kerana Easy Parcel kini membolehkan anda untuk “top up” wang serendah RM20 sahaja! Fiuh tak perlu lah nak tunggu sampai 13 parcel sebulan baru nak guna easy parcel kan!

Topup Pakej Easy Parcel
Top up pakej Easy Parcel

An Entrepreneur. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (Manufacturing & Trading of Muslimin & Muslimah Apparel). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

48 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: