
Review: Aplikasi Whatsapp Business
Sesiapa yang berniaga online pasti berpengalaman berhadapan dengan pelanggan yang lebih suka mesej secara langsung dengan penjual melalui whatsapp.
Termasuklah saya sendiri. Walaupun telah mempunyai webstore dan platform shopee, masih ada pelanggan yang mahu whatsapp secara langsung.
Ini berikutan pelanggan ingin memastikan sama ada
- Penjual boleh dipercayai
- Produk dan khidmat pelanggan penjual memuaskan hati
- Atau kemungkinan besar pelanggan tidak tahu membeli menggunakan platform/ webstore
Sebagai seorang mompreneur, masa memang sangat mencemburui saya. Berurusan dengan pelanggan melalui whatsapp agak memakan masa kerana selalunya pelanggan akan meminta detail produk seperti
- Gambar
- Stok yang sedia ada
- Harga
- Material
- Kos pengeposan
- Diskaun atau free gift
Bayangkan sekiranya terdapat 10 orang prospek yang ber”pm” dengan anda di whatsapp dan bertanyakan soalan yang sama! Sudah tentu memakan masa yang lama untuk anda membalas satu persatu mesej itu bukan?
Whatsapp Business Diperkenalkan
Pada tahun ini, pihak whatsapp telah melancarkan Whatsapp Business di Malaysia. Ianya disasarkan kepada peniaga kecil dan percuma untuk didownload melalui play store. Buat masa ini ianya hanya disediakan untuk pengguna android sahaja.
(klik sini untuk download whatsapp business)
Nombor whatsapp business khas
Nombor yang digunakan untuk aplikasi ini juga hendaklah berbeza dengan nombor whatsapp biasa. Pun begitu ianya boleh digunakan didalam satu smartphone yang sama.
Ini menunjukkan, peniaga perlu mempunyai nombor asing yang dikhaskan untuk whatsapp business ini.
Peniaga boleh mengambil peluang dengan memohon nombor baru melalui unifi mobile dari TM dimana peniaga boleh mendapat sehingga 5 sim secara percuma dan 20GB LTE.
(Klik disini untuk membaca perkongsian saya mengenai unifi mobile)
Jika dilihat pada testimoni pengguna aplikasi ini, ramai yang mengatakan ianya tidak banyak berbeza dengan fungsi whatsapp biasa. Selepas beberapa minggu menggunakan aplikasi whatsapp business ini, saya dapati ianya amat membantu saya dalam melayan mesej pelanggan.
Ciri-ciri utama whatsapp business
1. Maklumat profil perniagaan lengkap
- Mempunyai maklumat profile perniagaan. Ianya membantu untuk membuatkan perniagaan anda nampak lebih profesional dan jelas.
- Pengesahan Perniagaan oleh pihak whatsapp terpapar di profile whatsapp perniagaan. Membuatkan pelanggan akan lebih percaya untuk berurus niaga.
- Memaparkan waktu beroperasi, alamat premis, email dan website official perniagaan anda.
2. Messaging tools/ auto balas
- Away message
Boleh diaktifkan semasa kita sibuk, bercuti atau tidak dapat membalas mesej pelanggan didalam tempoh tertentu.
Ianya boleh dijadualkan sama ada dihantar setiap masa, tempoh tertentu ataupun disetkan hanya selepas waktu perniagaan beroperasi (luar waktu operasi)
- Greeting message
Boleh diaktifkan untuk pelanggan yang mesej anda buat pertama kali ataupun mesej yang tidak aktif selama 2 minggu.
- Quick replies
Digunakan untuk “keyboard shortcut”. Bagi membalas mesej yang kerap ditanya oleh pelanggan. Ciri ini amat membantu menjimatkan masa dan mudah.
Anda cuma perlu simpan dialog yang kerap digunakan di bahagian “quick replies” ini dengan memberi nama panggilan yang bersesuaian dimulai dengan simbol “/”.
Semasa ingin memanggil ayat “quick replies” ini, anda cuma perlu taip “/” maka akan terkeluar senarai “quick replies” itu tadi.
3. Label
Kini anda lebih mudah untuk menguruskan dan menkelaskan pelanggan anda dengan menggunakan fungsi label ini.
Ini juga merupakan fungsi terpenting kepada peniaga yang menggunakan medium whatsapp dalam menerima order dari pelanggan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!


22 Comments
Hasif Hamsyari
Wah… Selalu tertanya-tanya juga macam manalah nak buat WhatsApp business ni. Sekarang dah tahu dah! Ilmu yang baik wajar dikongsi, terima kasih ya! Kena bagitau kawan-kawan yang berbisnes juga ni. hihi
Neeza
wah tak tahu pula sekarang whatsapp ada function untuk business.. bagus ni nampak teratur dan memudahkan peniaga dan pelanggan.. nice sharing tq
Ruby
Ruby pun tengah nak belajar install dan buat no baru utk whatsapp business ni. Cuma nak guna untuk ipad wifi je tengah fikir camana. Sebab tiada kad sim utk ipad air 2. Maybe masuk kat telefon lain kot. heheh
Nurhasanah Ismail
Ipad air 2 tu ios ye ruby? Kalau ios belum ada lagi. Dekat android je baru ade.
Hilma
Wow..best nya dah ada utk business..tp utk android je huhuhu..bila ios nak build in ni..sila la buat so kat sini hilma ber huhuhu dulu la
Nurhasanah Ismail
Hihi. Hopefully secepatnya sebab ramai jugak pengguna ios merungut whatsapp business tak ada untuk ios
Yanty Lee
Thank U sis sharing . Boleh membantu mereka yang ada perniagaan secara online untuk lebih faham dengan kaedah yang diadakan oleh pihak Whatsapp.
Zharif Azis
Wahhh ! Whatsapp semakin advance dan mesra pengguna. Lepas nie aktiviti urusniaga online lebih mudah dn dipercayai
Syafiera Yamin
Good sharing Puan ! Lepas ni nak berbisnes mudahlah tak ada pening kepala dah, yay semoga usahawan semakin bijak menggunakan kemudahan yang disediakan oleh whatsapp
Rodiah
Baguslah sharing info ni. Dulu masa tgh sibuk tentang ni memang dgr jela org sibuk nak buat tapi tak tahu apa2. Boleh la ready kan satu lagi tepon khas android utk business
Hans
Boleh try nanti nih
Suria Amanda
Psst…SA baru tau ada whatsaap biz ni..ahaks..nampak sgt ketinggalan..memandangkan SA xde biz..memang x tau la kot pasal ni..thanks atas perkongsian..
Ayu Rafikah
Macam2 apps ada sekarang kan. Semuanya maklumat dan carian di hujung jadi anda. Tak gituuu
Hanny Abdullah
Wahhh menarik jugak ada whatsapp utk business ni. Nak nak try godek2 jugaklah…senang kita nak berurus niaga kalau mcm ni
dikbee
Tau ada whatapps business ni tapi tak tau guna.. Maklumla kite ni bukan orang business.. hehe.. Tapi nampak gaya macam mudah dan menyenangkan buat org2 yg ada business
Ann
Perkongsian yg menarik ni.
Kalau tak baca kat sini, AS pun tak tahu wak ada nya wasap for bisnes.
Maisarah
menarik app Whatsapp Business ni. sangat bagus untuk para peniaga. tak pelru susah-susah dah nak reply mesej kan
NORIZA ABDUL RAHMAN
Nak try explore lah whatsapp bisnes ni, senang sikit boleh bezakan dengan personal
Saliza sachari
Nak cubalah guna.
nikkhazami
bagus la, baru tak bercampur aduk account bisnes dengan personal
Sunshine Kelly
Thanks for the sharing, i will check it out. Its is one of the good tips.
Yana
wow…first they had facebook business now even whatsapp business account? well at least buyers now can feel more confidence and won’t easily get cheated by scammers…