
Cara pos produk dari rumah menggunakan servis PICKUP dari Pos Laju
Tips yang membantu mompreneurs dari segi pengeposan barang customer dengan mudah.
Jimat minyak petrol, masa dan tenaga.. malah wang!
Tips ini sangat sesuai untuk mompreneur yang hariannya superbusy dengan bisness, kerja rumah dan anak2 kecil. Dengan syarat, produk anda adalah “ready stok” ditangan anda.
Pengalaman sendiri merasakan betapa cara ini sangat membantu saya menguruskan bisness dari segi pengeposan barang customer.
Masa anak satu dulu boleh lagi lah pecut ke sana sini jumpa supplier, pos barang customer dan itu ini. Namun bila anak dah mula bertambah, pergerakan menjadi semakin terbatas, mengambil masa yang lebih lama untuk kerja pack dan post, lebih meletihkan dan emosi pun sedikit sebanyak terganggu dek kerana semua yang berlaku selalu tidak mengikut plan asal.
Saya mula memikirkan cara dan kaedah yang mampu melicinkan perjalanan bisnes saya sambil menjaga anak2 dan menyiapkan tesis master (masa itu sekitar awal tahun 2015, sedang sarat mengandung anak ke-2).
Nak dipendekkan cerita saya terjumpa cara menggunakan pos laju pickup servis. Caranya mudah seperi dibawah
1. Hubungi pos laju pickup hotline iaitu PosLaju On Demand Pickup : 1-300-22-5258 (1-300-22-LAJU)
2. Hendaklah menghubungi sebelum jam 2 petang untuk posmen pickup pada hari yang sama. Salin nombor rujukan yang diberikan oleh operator pos laju.
3. Posmen akan pickup diantara jam 2-6 petang
4. Parcel hendaklah telah siap dibungkus dan alamat customer sudah siap ditulis pada consignment note.
5. Bagi parcel yang telah berbayar, ianya lebih mudah kerana apabila posmen datang, anda cuma passkan sahaja parcel berkenaan (tak perlu bayar postage)
6. Untuk parcel timbang dan bayar, anda hendaklah siap2 timbang dahulu berat parcel dan sediakan duit secukupnya mengikut berat parcel anda. Rujuk rate harga pos laju disini.
7. Wajib sediakan juga bayaran perkhidmatan servis pickup ini iaitu sebanyak RM5.30 dan diberi kepada posmen.
Kesimpulan bayaran yang dikenakan adalah kos pengeposan parcel + kos servis pickup.
Servis pickup adalah percuma sekiranya anda membuka akaun bersama pos laju. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan akaun bersama pos laju ini, anda boleh hubungi talian hotline pickup servis pos laju di 1-300-22-5258
Dari pengalaman saya, terdapat beberapa kelebihan dan juga kekurangan didalam menggunakan servis ini.
Kelebihan
1. Jimat masa
Kerana anda tidak perlu bersesak-sesak di pejabat pos, takperlu beratur panjang, atau menunggu nombor giliran. Tidak perlu meredah jam dan berpusing-pusing mencari parking (parking dipejabat pos laju klang memang susah sangat nak dapat).
2. Jimat tenaga
Bayangkan mompreneur kena ke pos laju membawa anak. Atau membawa anak-anak. Termasuk parcel yang berbakul-bakul. Wooow.. Imagine sahaja sudah boleh stresskan?
3. Jimat minyak
Dapat mengurangkan kos operasi bisnes anda apabila tidak perlu ke pejabat pos dan meredah jam dan lampu isyarat. Tambahan pula jika pejabat pos laju terletak jauh dari premis/rumah anda.
4. Sesuai juga untuk tujuan personal
Bagi anda yang tidak berniaga dan malas hendak ke pejabat pos, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan pos laju pickup ini. Anda cuma perlu mempunyai consignment note pos laju dan bungkus parcel dengan kemas (boleh menggunakan apa-apa bungkusan yang sesuai).
Kekurangan
1. Sediakan consignment note
Perlu sentiasa ada stok consignment note. Consignment note ini anda boleh minta banyak-banyak dikaunter pos laju.
2. Sediakan wang secukupnya
Perlu mempunyai wang tunai yang secukupnya. Posmen tidak menyediakan duit baki. Tugas mereka cuma pickup sahaja.
3. Membayar servis pickup
Bagi yang tidak mempunyai akaun dengan pos laju, anda perlu membayar servis pickup sebanyak RM5.30.
4. Kemungkinan untuk miss pickup
Ada juga kes posmen tidak datang untuk pickup. Ada beberapa solusi untuk kes ini
a) Hubungi semula pickup hotline apabila posmen masih belum muncul sekiranya jam telah melebihi 5 petang. Beri nombor rujukan anda tadi dan minta supaya pickup dijalankan segera.
b) Jika sudah beberapa kali menggunakan servis pickup, ambil contact personal posmen yang selalu datang pickup. Kebiasaannya posmen yang tertentu ditugaskan untuk kawasan tertentu. Boleh sms dan ingatkan untuk pickup parcel anda.
Tips tambahan
Tetapkan hari pengeposan (contoh setiap Selasa dan Jumaat). Ini menjadikan kerja bisnes anda lebih teratur, tidak kelam kabut dan stress, dapat membahagikan masa untuk fokus pada akiviti bisness lain pada hari lain (seperti marketing, blogging, networking dan sebagainya).
Ini cara saya.
Bagaimana pula anda mengefisienkan kerja-kerja pengeposan anda?
Nantikan entry seterusnya dimana kaedah pengeposan yang lebih mudah dari ini! Follow saya untuk sentiasa mendapat update dan perkongsian yang bermanfaat. InsyaAllah.
Baca juga: Pengeposan mudah dari rumah menggunakan Easy Parcel, mempunyai lebih banyak pilihan kurier
Disclaimer: Post ini merupakan perkongsian dari pengalaman dan pembacaan penulis. Ia bukanlah nasihat profesional dan penulis tidak bertanggungjawab keatas sebarang isu yang timbul.


22 Comments
amirnawawi
Wah mudah la ada pickup dari rumah.
Tapi pos laju servis penghantaran dia kurang sikit kt tempat saya.
Bella Jamal
Tak pernah tahu tentang pick-up service Pos Laju ni. Baguslah kongsikan caranya. Senang buat orang biznes. Tak larat jugak 2,3 kali nak pos barang kan.
mawardiyunus
wah menarik ni, nnti senangla kalau nak hantar barang kalau takde masa nak ke pos laju.
Wan suraya sahabaludin
Saya nk pos barang yg tak sempat bungkus timbang
Nurhasanah Ismail
Setiap kali nak pos kena tahu berat brg baru boleh tahu berapa cas postage cik. Kalau ke kaunter, staff dikaunter akan timbangkan dlu. Melainkan cik guna parcel prabayar.
Mommy irra
Pernah terfikir nak menggunakan servis ni. Tapi belum lagi guna. So far mommy suruh husband pergi poslaju.. husband belum pernah merungut lagi..so ok lah..hehe
ayu rafikah mohd amin
tq untuk tips2 ni ya..sgt berguna
dikbee
wah.. bagus ni. sesuai untuk mereka yg buat online business. Tak payah nak pi post office hari2
Jane
I don’t know that Pos Laju got offer pick-up service. It is indeed convenient for all of us.
Fatihah
Perkhidmatan poslaju pickup service hotline still valid ke untuk tahun 2020? Takut ada perubahan kann. Sebab call lagi senang dari topup tuuu 😅
Nurhasanah Ismail
tak sure pula yang ini. mungkin boleh call je dulu hotline pos laju pickup tu utk cuba. betul, lagi senang call dari topup kan. tp sekarang sy guna easyparcel je mudah. hihi
Lia Hasty
Bagus juga peniaga online kan menggunakan khidmat pos laju pickup servis. tak perlu bersusah payah nak ke pejabat pos dengan mengusung semua parcel. Memang mudah dan jimat masa menggunakan servis ini.
http://www.liahasty.com
jana
Memang mudah dgn pickup service ni. Pergi kaunter selalu sesak kena beratur panjang
Bonde Zaidalifah
Bagus info ni, pada surirumah yang berniaga online bolehlah guna khidmat dan servis ni sebab sangat berbaloi sangat tak perlu keluar rumah. Tapi ada juga kelemahannya yea tapi tak apalah kalau memudahkan kerja kita.
syafiera
servis ni sangat bagus untuk yang tiada kenderaan dan orang yang berbisnes dari rumah… wow, nanti senang la kita semua nak berniaga.. buat side income dari rumah
Nadia Johari
mudah kalau boleh pickup dekat rumah..takyah keluar rumah
miera
this is good info.. must bookmark and keep for reference….
Hanny Abdullah
Owhh tak payah bayaran extra ya untuk pickup kat rumah ni. Senag lah mcm ni…selalu sis masukkan kat drop box je..kalau yg timbang tu barulah beratur. Tq atas perkongsian
Mek Onie
wowww! mudah gak kan servis pick up barang dari rumah ni. Cuma memang ada service charge la kan. Tapi okay je ..jimat duit minyak segala tu,hehe
ZAINI
Baguslah Pos Malaysia ada buat service pick up ni. Saya belum cuba lagi sebab baru tahu ada. Selama ini saya terpaksa beratur di Pejabat Pos untuk membuat pos laju…. Apa-apa pun terima kasih kongsi pengalaman ini.
Nurhasanah Ismail
Sama2. Alhamdulillah entry ni memberi manfaat pada pihak cik/tuan. Sebenarnya selain pos laju cik/tuan juga boleh cuba perkhidmatan easy parcel, platform ini menyediakan lebih banyak pilihan servis kurier dan boleh book penghantaran secara online. Boleh klik di link ini untuk baca perkongsian saya mengenai easy parcel http://daripenahasanah.com/2018/03/16/9-sebab-kenapa-pilih-easyparcel/
Pingback: