
BBQ ringkas beserta budget untuk keluarga kecil
Hujung minggu lalu penulis dan family buat pertamakalinya berBBQ dibelakang rumah.
Selama ini berbbq bersama keluarga besar, makan beramai2 dan yang incharge masak dan bahan adalah abang kakak penulis yang memang mahir dan otai masak. Penulis tinggal makan dan tolong kemas-kemas je.
Kali ini penulis seronok pulak nak buat bbq sendiri. Yang penting ringkas dan tak memerlukan kos yang besar. Ada anak kecik-kecik memang kalau boleh nak simplify segala benda ye tak?
Berikut merupakan beberapa bahan masakan & barang ringkas yang kami sediakan untuk berbbq,
- Nama: Portable folding oven
- Harga: RM39.90
- Lokasi beli: Giant seksyen 7, Shah Alam
- Nama: Arang
- Harga: RM10 (Cukup 5 kali bbq)
- Lokasi beli: Kedai berhampiran rumah
Berikut merupakan bahan2 ringkas yang digunakan untuk berbbq
- Daging kambing
- Sosej
- Meatball
- Sos bbq kimball
- Garam
- Gula
- Lidi
- Tisu dapur
Cara penyediaan :
- Gaulkan sos bbq kimball, garam dan sedikit gula pada daging kambing, sosej, meatball.
- Perap selama 1 jam.
- Bakar tisu dapur bersama arang.
- Selepas bara api hidup, maka bolehlah mula membakar bahan perap tadi di atas besi portable oven itu.
- cucuk sosej, meatball dan segala makanan comel-comel kegemaran anak-anak itu pada lidi supaya tak bergolek diatas besi oven.
Kenapa kami guna tisu dapur? kerana api tahan lebih lama dan kurang pencemaran udara dimana asap yang terhasil adalah sedikit. Jenuh juga tangan nak mengipas untuk hidupkan api. Akhirnya kami menggunakan kipas meja! Efisyen, jimat tenaga dan masa.
Kami sangat menikmati family time ini, muka anak2 memang comot dek arang dan kuah bbq. Suamilah yang paling kepenatan sebab dia seorang saja manpower yang berpenat lelah membakar.
Melakukan aktiviti ini dihalaman rumah memang menjimatkan masa, duit dan amat menyeronokkan. Sekali sekala apa kata anda cuba pula!
Apa pula aktiviti family anda yang menyeronokkan dan sesuai untuk dilakukan dengan anak-anak kecil?


27 Comments
Suria Amanda
Wah..menarik..lama dh SA x buat BBQ dengan family..bleh la ajak diorang BBQ nanti…
Nadia Johari
best bbq denagn keluarga ni..memng tengah cari tempat bbq ni
Jia Shin
This looks so delicious! I should get my family to do this as well.
Nurhasanah Ismail
Its really a nice activity to do with family. My kids really love it.
dikbee
Ok tak rasa sos bbq kimball?? kalau ok, len kali nak try la.. biasa perap pakai sos lada hitam . ^_^
Nurhasanah Ismail
Best sebab manis2 sikit. Bua cicah masa makan pun sedap
syafiera
eh komuniti perjiranan I memang sangat rajin buat bbq macam ni tapi dah lama masing masing dok busy je memanjang hopefully lepas ni boleh buat lagi sekali sebab senang je bbq ni heheheh
cindyrina
Suka makan BBQ. But preparation and masa mengemas tu berat la. hahaha
Nurhasanah Ismail
Yep. Kena paksa semua bergotong royong. Hihi
Ezna
Aktiviti macam ni mengeratkan silaturrahim sesama kita. Tapi tak nak jadi orang yang tukang bakar. hee hee….
uzu
Mmg suka makan bbq macam ni. Tapi tak selalu lah sbb mahal sgt kos. Bila ada entry ni boleh nak cut cost mana2 yg patutkan. Resepi boleh try nanti.
Zharif Azis
Wahhh boleh lah buat small bbq dengan family nie. Lama x buat. Semuanya busy
Cik Puan Ena
Ok jugak klu buat ni..simple n jimat.. kami biasa pegi tmn or playground so dptlah die jumpa kwn baru main same2.. xterpikir plak idea ni.
Nurhasanah Ismail
Try la sis. Anak2 mmg seronok sangat. Tapi hati2 juga dengan bara api. Fun and safe 🙂
TENGKUBUTANG
kalau kat kg kakak sulung lah selalu aturkan nak buat bakar-bakar ni .. eh barbeque ye nama omputihnya.. hehe.. meriahnya kalau buat barbeque ni.. masa ni lah hubngan kami rasa lebih erat..
Rafzan Tomomi
Harga Portable folding oven takde la mahal sangat rupanya . okay thanks for the info.
Nurhasanah Ismail
Ya, agak murah dan mudah dibawa kemana2.
mawardiyunus
dapat buat sendiri puas, nk banyak mana ikut kita. lagi best kalau gotong royong ramai2
Nurhasanah Ismail
Yes agree. Kena bergotong royong lepas sama2 makan. Buat aktiviti sama2 dari awal sampai akhir memang menyeronokkan semua.
Maisarah
aktiviti yang sangat bagus ni, dapat berkumpul 1 keluarga. memang jimat bbq ni
Hanny Abdullah
Memang syiok ber bbq, pernah jugak beberapa kali buat bbq ni dengan kawan2, memang seronok tapi bab nak mengipas n nak menunggu makan tu yg malas sgt tu..hehehe
Nurhasanah Ismail
Ya betul sangat. Nak mengemas lepas tu yang lemah tu. Hihi
Rawlins GLAM
Best gile aktiviti sebegini. Kadang-kadang tu makanan takde la banyak mana tapi tetap rasa best sebab berkumpul ramai-ramai.
Eintan Nurfuzie Zulkifli
lama x buat bbq sama2 dengan kelaurga. best ni
Betty
I not keen in BBQ process as the started up the fire take long and also BBQ process. Usually done by my hubby and his friends. I just tumpang eat
Hans
dulu2 rajin lah buat bbq 🙂
Pingback: