• Perkongsian Rina Sallah
    Bisnes,  Review

    Perkongsian Mompreneur Bersama Rina Salleh

    Kita kena jadi wanita-wanita yang uruskan keluarga dan bisnes dengan elegan. Langkah kemas tersusun, bahasa penuh rapi, fikiran jauh ke depan – Rina Salleh Pada 24 Mac 2018, saya telah menyertai sesi perkongsian bersama Rina Salleh di butik Rina Salleh Shah Alam. Ianya merupakan perkongsian bisnes yang menfokuskan perancangan, strategi, brainstorming, tips dan business circle. Ia dibuka kepada 15 orang momprenuer dan berlangsung selama 3 jam.