• DIY ringkas blackout back tab curtain yang ringkas
    Bisnes

    DIY Menjahit Langsir Blackout (Back tab)

    Bilik yang dahulunya saya jadikan bengkel jahitan kini saya atur untuk dijadikan bilik anak-anak. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki untuk memindahkan bengkel jahitan ke tempat yang lebih besar dan sesuai. Dalam entry ini, saya kongsikan teknik DIY menjahit langsir blackout (back tab) yang saya buat untuk bilik anak-anak saya.

  • Kupon Pakej All-in-One Muab pakej pengurusan akaun lengkap bisnes
    Bisnes,  Review

    Pakej Pengurusan Akaun Lengkap Bisnes Melalui Pakej All-In-One

    Anda sudah berniaga dalam tempoh 6 bulan ke satu tahun? Ini masa terbaik anda untuk memiliki pakej pengurusan akaun lengkap bisnes. Sekiranya anda bercadang untuk berniaga dalam tempoh yang lama, memiliki rekod akaun kewangan bisnes merupakan nadi penting bisnes anda.  Untuk peniaga kecil macam saya, walaupun masih baru dan bertatih dalam perniagaan, saya mempunyai sistem yang membantu merekod cash flow perniagaan saya dengan baik (iaitu tak terlalu rumit dan mudah walaupun saya bukan dari jurusan akaun!). Ianya adalah dengan menggunakan pakej pengurusan akaun lengkap bisnes melalui Pakej All-In-One yang disediakan oleh syarikat The MUAB Accounting.

  • Perkongsian Rina Sallah
    Bisnes,  Review

    Perkongsian Mompreneur Bersama Rina Salleh

    Kita kena jadi wanita-wanita yang uruskan keluarga dan bisnes dengan elegan. Langkah kemas tersusun, bahasa penuh rapi, fikiran jauh ke depan – Rina Salleh Pada 24 Mac 2018, saya telah menyertai sesi perkongsian bersama Rina Salleh di butik Rina Salleh Shah Alam. Ianya merupakan perkongsian bisnes yang menfokuskan perancangan, strategi, brainstorming, tips dan business circle. Ia dibuka kepada 15 orang momprenuer dan berlangsung selama 3 jam.

  • Bisnes

    Cara mengepos produk tanpa keluar rumah menggunakan servis PICKUP dari Pos Laju

    Tips yang membantu mompreneurs dari segi pengeposan barang customer dengan mudah. Jimat minyak petrol, masa dan tenaga.. malah wang! Tips ini sangat sesuai untuk mompreneur yang hariannya superbusy dengan bisness, kerja rumah dan anak2 kecil. Dengan syarat, produk anda adalah “ready stok” ditangan anda. Pengalaman sendiri merasakan betapa cara ini sangat membantu saya menguruskan bisness dari segi pengeposan barang customer.

  • Bisnes

    Tips asas: Langkah menghasilkan gambar produk menarik menggunakan apps snapseed

    “Dari mata jatuh ke hati” Biasa kita dengar kata-kata inikan? Ini juga merupakan tips yang penting didalam berniaga secara online. Produk yang kita paparkan diinternet atau didalam flyer hendaklah memenuhi ciri-ciri yang boleh memukau hati pelanggan. Bagi yang mampu membayar jurugambar profesional, lebih baiklah menggunakan khidmat mereka yang pakar. Sudah tentu hasil gambar produk akan sangat berkualiti dan menarik sesuai dengan kos servis mengupah jurugambar. Untuk peniaga kecil, jangan risau. Ada cara mudah yang jimat untuk menghasilkan gambar produk supaya ia nampak lebih menarik dan menonjol.