jana pendapatan dikala pandemik
Bisnes,  Motivasi

Idea menjana pendapatan didalam komuniti setempat dengan BERNIAGA

Ya dengan berniaga! Tapi bagaimana? Baik saya akan kongsikan dengan anda sepanjang entry ini berkenaan idea menjana pendapatan didalam komuniti setempat anda dengan berniaga. Terpulang pada anda sama ada anda hendak berniaga produk mahupun servis. Bergantung kepada kemampuan dan kemahiran anda. Pada entry ini, saya akan kongsikan tiga point penting iaitu;

  1. Cara komuniti setempat saya menjana pendapatan
  2. Tip untuk anda bermula
  3. SOP berniaga yang cost effective & energy saving

Baiklah, sebenarnya saya sangat terkesan dengan peningkatan kes kemurungan hilang punca pendapatan yang keluar diberita kebelakangan ini, tambahan terdengar ura-ura bahawa PKP akan dilanjutkan lagi 2 minggu (selangor dan KL pula sudah mula PKPD sejak 3 Julai semalam).

Bila dah lebih setahun keadaan negara kita macam ni, maka tak perlu lah kita harap lagi pada kerajaan, entah2 hujung 2021 ni pun kita masih belum pulih dari pandemik ni.

Baiklah. Jum bangkit dan teruskan hidup! Rezeki Allah yang bagikan? Jadi dengan keyakinan ni, ayuh sinsing lengan dan berniaga.

Bagaimana komuniti setempat saya rancak jana pendapatan sesama sendiri

Ingat tak ramadhan 2020 lepas pun kita sudah lock down? masa tu saya ingat ada orang share pada sy nombor telefon orang yang buat delivery air tebu. peh. sedap betul dapat air tebu dibulan puasa kan! Jadi masa ramadhan 2021 baru ini saya teringat balik penjual tebu tu. Saya dengar2 katanya ada group bisnes yang aktif menjual2 makanan homemade (breakfast, lunch, makan petang, siap makan malam lagi!) dan adminnya adalah seorang ustazah yang saya kenal. Jadi saya pun semangat join group ni.

MasyaAllah mmg meriah! Group yang sgt terjaga, aktif dan mendapat sambutan.

Selepas kenal group whatsapp ni, percayalah sy dah kurang order dari Grab. Kerana ini lebih murah dan membantu menjana ekonomi setempat.

Tips untuk anda bermula menjana pendapatan didalam komuniti setempat

Ingat, untuk berniaga, anda perlukan market, platform supaya orang perlu tahu apa produk dan servis anda. Dengan ini baru dapat membuat jualan. Dengan ini, anda perlu cari platform ini, atau jika tidak jumpa.. apa kata membuat inisiatif dengan create group ini. Ingat! targetnya adalah lokaliti setempat anda.

Mengapa?

Baiklah, mengapa saya cadangkan menjana pendapatan didalam komuniti setempat anda?

  1. Kerana Pandemik dinegara kita ini yang menghadkan kita kesana- sini terutama jika jarak jauh.
  2. Ramai yang sebenarnya perlukan servis atau produk yang betul dimusim ini. Anda perlu kaji apa kelebihan anda yang memenuhi kehendak golongan yang akan membeli ini.

Siapa target terbesar anda? iaitu mereka yang Work From Home (WFH)

Kenapa target terbesar adalah mereka yang WFH?

Pendapatan mereka tidak terjejas, mereka mempunyai wang tetapi kurang masa dan tenaga utk menguruskan hal-hal rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya. Kebanyakkan mereka tidak berkira untuk mengeluarkan duit asalkan jimat masa dan tenaga mereka. Oleh itu, jika anda dapat menyediakan apa-apa perkhidmatan hingga ke depan pintu mereka, mereka sanggup membayarnya.

Jika ini target customer anda, maka tekankan point penting yang menarik minat mereka seperti

  • healthy homemade snack
  • bahan mentah segar
  • healthy meal
  • atau apa2 servis yang tidak melanggar SOP dari kerajaan (utk kesihatan anda dan juga keselamatan poket anda)

Dimana?

Pasti anda tertanya dimana hendak anda cari platform atau market yang targetnya adalah komuniti setempat bukan?Baik begini antara caranya:

  1. Cari group facebook taman/kampung anda. contoh “Penduduk Setia Alam”.
    1. Lebih kecil dan tertumpu group ini, lebih bagus. seperti group saya tadi merupakan group bisnes yang tertumpu pada kawasan apartment dan beberapa lorong terdekat sahaja.
  2. Bertanya didalam group itu jika mereka mempunyai group whatsapp/telegram jual beli yang aktif
  3. Sekiranya tiada, anda mungkin boleh mulakan group untuk lokaliti anda ini. Mulakan dengan ayat seperti
    • “saya ada menjual makanan tengahari Nasi Ayam Penyet RM5, free COD, berminat boleh join group whatsapp saya ini” *letakkan link*
    • “Siapa ingin join group whatsapp jual beli Penduduk Setia Alam, boleh pm sy di 012-****”

Langkah berjaga-jaga

  1. Sebaiknya group whatsapp ini dikalangan orang yang anda atau masing2 kenal sesama sendiri kerana ianya adalah lokaliti berdekatan. Dengan ini, group jual beli ini akan lebih trusted dan selamat untuk berurus niaga
  2. Adalah lebih baik jika admin menetapkan rule yang menjaga keharmonian ahli group yang terdiri dari penjual dan pembeli yang tinggal dilokaliti yang sama. Untuk elak sebarang permusuhan atau isu di masa akan datang.
  3. Rule dari segi kebersihan, tata cara iklan, komplen yang timbul, adab berurus niaga dll.
  4. Admin lebih afdal jika yang dikenali, seperti ajk kampung, masjid dan sebagainya dimana sudah mendapat kepercayaan dan dikenali di komuniti tersebut.

Baca juga: 9 Cara Berniaga Rasulullah s.w.t yang boleh kita contohi

SOP Berniaga

Sekiranya and berminat untuk berniaga pada komuniti setempat anda dan terdapat beberapa kekangan dari segi masa dan tenaga, anda mungkin boleh mengunakan tips berniaga seperti yang akan saya kongsikan ini. Ianya adalah langkah yang menjimatkan kos dan tenaga (cost effective & energy saving)

Cara:
– Open order/appointment sehari sebelum
– Tetapkan waktu bila untuk anda close order/ appointment
– Penghantaran/ khidmat servis sekali harung dilakukan dalam satu waktu yang ditetapkan diatas persetujuan anda dan pelanggan
– Jelaskan jumlah dan cara pembayaran dari awal supaya proses jual beli semasa penghantaran lebih kemas dan patuh SOP

sekiranya anda membuat bisnes produk makanan, anda boleh membuat penghantaran sendiri atau dengan menggunakan khidmat runner. Kebiasaan jika kawasan 1 taman perumahan berdekatan, kos runner hanya mencecah RM1-2.

Dibawah ini saya kongsikan template open order yang seorang peniaga kuih-muih dilokaliti saya lakukan. Dengan satu template yang jelas ini, akan memudahkan proses mengambil order dan penyampaian maklumat dari penjual kepada pembeli. Tempahan yang jelas ini menarik minat dan memudahkan pembeli. Anda boleh lihat sendiri bagaimana senarai pembeli yang berderet menempah kuih muih dari penjual ini.

Kebiasaan dilokaliti saya, kalau yang deliver adalah penjual sendiri, mereka biasanya akan membuat free delivery. Tetapi jika menggunakan runner, mereka akan cas RM1-2 untuk upah runner. Anda boleh consider untuk menggunakan runner sekiranya anda:

  1. mempunyai kekangan dari segi kenderaan
  2. mempunyai anak2 kecil dirumah yang perlu pantauan.
  3. sukar mencari lokasi customer
  4. tidak berani (terutama jika anda seorang wanita)

Pastikan SOP dari MKN dijaga dengan betul!

Perlu mengingatkan pelanggan cara pembayaran, adakan boleh secara online atau hanya tunai sahaja. Sebolehnya ingatkan pelanngan untuk menyediakan duit secukupnya didalam plastik untuk diserahkan kepada runner atau penjual semasa penghantaran selesai nanti. Ingat! pemakaian mask adalah wajib. Mudahkan urusan jual beli supaya dapat mengelakkan sebarang keberangkalian yang tidak diingini.

Pelanggan membatalkan pesanan secara tiba-tiba?

Jangan risau, teruskan berfikiran positif. Asam garam berniaga jika kita di”reject”, pelanggan tiba-tiba membatalkan pesanan. Sebagai peniaga, tidak perlu bersedih dan membazir masa menahan sakit hati berhadapan pelanggan yang mempunyai berbagai ragam ini. Keep moving on, apa perlu anda buat jika pelanggan tiba2 batalkan pesanan sewaktu disaat akhir?

Inilah pentingnya group/platform jualan diwhatsapp/ telegram atau dimedia sosial itu tadi. Anda boleh membuka offer pada mereka yang mencari produk anda diwaktu itu. Yakinlah Allah Ar-Razzaq. Jika ada rezeki anda, insyaAllah ada caranya untuk produk anda habis terjual. Jika tidak, redha dan berserah sahajalah. Yang penting anda telah berusaha dan Allah pandang pada usaha.

Dibawah ini saya kongsikan bagaimana seorang penjual kuih roti jala menghabiskan jualannya pada saaat penghantaran sedang dibuat diwaktu petang itu.

Idea backup plan sekiranya ada yang cancel order last minit. Ini biasa terjadi. Penjual mental perlu kuat ya. stay positif!

Manfaat dengan menjana pendapatan didalam komuniti setempat dengan berniaga

Berniaga pada komuniti setempat ini banyak kebaikannya dari segala segi antaranya

  1. Menjana pendapatan terutama bagi mereka yang hilang punca pendapatan akibat pandemik
  2. Menjana ekonomi negara apabila duit berkitar dikalangan penduduk yang aktif berjual beli tidak kira sama ada menjual servis atau produk
  3. Mewujudkan rakyat yang mandiri dan mempunyai kendiri yang positif
  4. Memudahkan urusan orang lain dengan memenuhi kehendak atau demand customer yang memerlukan seperti situasi mereka yang WFH tadi
  5. Membuka peluang lebih banyak pekerjaan seperti akan muncul role seperti runner, memberi peluang orang lain untuk berniaga kerana wujudnya platform (whatsapp / fb / telegram group) itu tadi
  6. Lebih menjimatkan kerana harga tidak mempunyai fee tambahan seperti sesetengah platform gergasi yang mengenakan cas sehingga 25%

Selain berniaga dilokaliti setempat?

Selain dari ini anda juga boleh cuba berniaga secara online menjual barang-barang yang bukan makanan, seperti hasil jahitan/kraf tangan anda. Tidak perlu keluar mengepos barang tetapi anda boleh menggunakan khidmat syarikat kurier untuk datang pick up order anda dan terus pos ke pelanggan anda tanpa anda perlu keluar rumah. Boleh klik di link ini untuk baca lebih lanjut cara mengepos barang dari rumah menggunakan Pos laju ataupun Easyparcel.

kita tak tahu bila pandemik ni akan berakhir, yang pasti bukan dalam sebulan dua ini dikala hari ini pun kes terbaru masih mencecah 6k dan pemberian vaksin juga masih belum mencapai 80% penduduk malaysia. Berniagalah, be creative. Bukankah berniaga itu juga sunnah Rasulullah s.w.t.

Saya tetap dengan berniaga pakaian secara online. Anda pula bagaimana? sudah dapat idea untuk berniaga? Boleh sharekan diruang komen ya 😉

Kongsikan entry mengenai idea menjana pendapatan didalam komuniti setempat ini sekiranya anda rasakan ia memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih!

An Entrepreneur. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (Manufacturing & Trading of Muslimin & Muslimah Apparel). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

11 Comments

  • Ruby

    Saya suka artikel ni. Semuanya bersesuaian untuk mereka yang ingin berniaga dengan lebih mudah di musim pandemik COVID-19. Saya pun AJK kawasan perumahan, juga admin whatsapp business. Ada kala, dapat juga mesej tak best. Semua menjual, siapa membeli? Lepas tu group whatsapp kapasiti penyertaan kurang 300. So tak cukup. Cipta Telegram. Tapi, tak pula mereka nak masuk. Saya beri kebebasan mereka berniaga dan hormat diantara satu sama lain. Walaupun persaingan sengit, jualan seakan sama. Tapi, kita pasti ada keistimewaan sehingga memiliki customer setia. jangan putus asa buat semua yang berniaga. ❤️

  • Sis Lin

    Sis boleh di katakan pelanggan tetap kot dalam perjiraan shopper Sis.. memang support mereka habis-habis, apa je mereka jual, kalau kena timing memang Sis beli… alhamdulilah memudahkan kita juga sebenarnya..

  • atie adnan

    Sebenarnya banyak je peluang jana pendapatan yang tersedia, kita ni nak dengan tak nak rajin dengan tak rajin je. Hee~ Terima kasih untuk entri blog yang menarik ni.

  • Saidila Rahman

    Memang bagus sangat , kat area kampung saya pun sama tapi saya jer takder dalam group sebab risau asik membeli. So far saya sangat menyokong cara ini untuk mereka tambah pendapatan. Yang mana ekonomi bagus sedikit boleh support membeli.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: