berblog menggunakan serverfreak
Review

Profesional berblog menggunakan ServerFreak sebagai WordPress Hosting anda

Ini merupakan tahun ketiga saya berblog menggunakan ServerFreak sebagai wordpress hosting. Alhamdulillah memang berpuas hati dengan servis ServerFreak walaupun baru pertama kali menggunakan wordpress. Diakhir entry kali ini, saya akan kongsikan mengenai mengapa anda mampu profesional berblog menggunakan Serverfreak.

Asal terjebak dengan blogging

Semasa buat degree in engineering di Seoul dulu, pernah terjebak berblog buat pertama kalinya. Masa tu baru belajar2 berblog jadi entrynya pun berkisahkan kehidupan semasa belajar di korea, dan saya mengunakan blogspot yang percuma shj.

Blogspot memang userfriendly, senang nak faham dan guna. Tapi bila tengok orang yang guna wordpress buat blog cantik2 dan kreatif teringin juga nak try wordpress masa tu, tapi niat terbantut sebab alahaaai complicatednya nak faham wordpress. Masa tu cukup la hadap subjek2 engineering yang dah sedia complicated. Haha

Berblog secara serius

Tahun 2015, lepas dah seronok buat part time bisnes Simply Adorable Muslimah Style (S.A.M.S), terfikir nak share “tips & tools” yang saya guna dalam berbisnes ni kepada mereka yang berminat. Dari situ saya mula berblog semula dan membeli domain daripenahasanah.com tapi masih menggunakan blogspot disebabkan masih ngeri lagi nak start wordpress. Oh ya, domain ni saya beli dari provider oversea.

Siapa Serverfreak?

Serverfreak Technologies Sdn. Bhd.

Secara umumnya, Serverfreak merupakan syarikat web hosting yang terkehadapan di Malaysia. Ianya bermula sejak tahun 2003 dan seterusnya menjadi salah satu syarikat provider web hosting yang cepat berkembang. Kepakaran mereka termasuklah menyediakan perkhidmatan membina personal blog, email solutions, website korporat, data base dan banyak lagi.

Serverfreak bertujuan menyediakan penyelesaian hosting yang mudah dengan harga mampu milik yang membolehkan pelanggan mendapatkan website impian dan email online mereka dengan cepat dan semudah yang mungkin.

Melalui pengalaman Serverfreak, kepantasan masuk ke pasaran online merupakan aspek yang amat penting bagi pengguna dan serverfreak komited dalam membantu pelanggannya melalui setiap langkah dalam melancarkan website pelanggannya dipasaran.

Web server yang terletak di pusat data kelas pertama dan mempunyai pelbagai provider lain sebagai tulang belakang. Pusat data telah direka supaya dapat mengelakkan setiap satu punca kegagalan penyambungan, kuasa, pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara.

Terdapat banyak syarikat Web Solution dipasaran yang menjanjikan bulan bintang dan pakar didalam segala bidang. Walaubagaimana pun, Serverfreak berbeza dengan yakin menyatakan mereka hanya pakar dalam satu perkara: iaitu Web Hosting.

Daftar masuk untuk mula berblog dengan ServerFreak sekarang

Mengapa Serverfreak?

Sebab utama saya memilih serverfreak adalah kerana saya mendapat tahu serverfreak merupakan syarikat malaysia yang berpengkalan tidak jauh dari kediam saya iaitu di Klang, Selangor. Berbeza dengan provider dari negara luar yang saya gunakan sebelum ini, ternyata urusan akan lebih mudah apabila saya menggunakan khidmat Serverfreak.

Berikut merupakan antara 4 perkara penting mengapa anda perlu menggunakan khidmat serverfreak sebagai penyedia web hosting anda:

1. Jaminan Pulangan Wang 30 Hari

Serverfreak berkeyakinan tinggi dengan kebolehan mereka dalam memuaskan kehendak pelanggan mengikut cita rasa pelanggan. Dengan itu, mereka memberi jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari.

2. Jaminan Uptime

Serverfreak memberi jaminan kepada setiap website yang mereka host untuk mempunyai uptime bulanan sebanyak 99% atau lebih. Server uptime merujuk kepada amaun tempoh sesuatu server untuk beroperasi/ online.

3. Technical Support 24 x 7 x 365

Keutamaan Serverfreak adalah pelanggannya. Mereka bekerja untuk pelanggan 24/7 sepanjang tahun. Kakitangan Serverfreak yang terlatih akan menjawab semua soalan teknikal pelanggan dalam masa 24 jam.

4. Customers Satisfaction Guaranteed

Intipatinya Serverfreak sangat mengambil berat tentang pelanggannya. Serverfreak membuktikan bahawa hosting yang harga berpatutan tidak bermaksud menjejaskan standard perkhidmatan.

Pakej Harga WordPress hosting

Julat harga bagi pendaftaran domain melalui Serverfreak
3 Pakej Tawaran WordPress Hosting yang ditawarkan oleh Serverfreak

Daftar masuk mula berblog dengan ServerFreak sekarang

Pengalaman saya menggunakan Serverfreak

Saya personally amat berpuas hati dengan customer service yang disediakan oleh serverfreak. Kebiasaan saya berblog adalah pada waktu malam dan apabila ada isu yang timbul, mereka membalas dan membantu saya menyelesaikan isu itu pada waktu itu juga.

Baca juga Perkongsian saya menjahit sweatpants anak-anak

An Entrepreneur. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (Manufacturing & Trading of Muslimin & Muslimah Apparel). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: