setel malaysia
Review

Setel, solusi petrol e-pembayaran pertama Malaysia

Saya seorang yang cashless (tanpa tunai). Semua transaksi memang sebolehnya dibuat dari bank ke bank. Bukan apa, senang jika ada rekod terus disetiap transaksi yang dibuat. Jika anda seperti saya, dan anda seorang pemandu maka apps Setel merupakan solusi petrol e-pembayaran anda!

Dalam perbelanjaan harian pun memang saya lebih suka menggunakan debit kad. Barang rumah memang “settle”lah sebab biasa membeli di Mydin atau pasaraya-pasaraya besar dengan menggunakan kad. Cuma isi minyak dipetrol stesen menjadi agak leceh apabila perlu mempunyai cash dahulu, terpaksa mengeluarkan duit di mana-mana atm atau bank.

Kearah Malaysia yang tanpa tunai

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa kerajaan Malaysia sememangnya sedang menggalakkan masyarakatnya kearah digital dan “cashless” atau tanpa tunai. (Rujuk artikel yang diterbitkan oleh The Star).

Menteri kewangan Lim Guan Eng memberitahu walaupun penggunaan wang tunai (cash) masih tinggi diMalaysia, negara masih kearah mencapai visi Bank Negara Malaysia didalam membina masyarakat tanpa tunai (cashless society). (Rujuk artikel yang diterbitkan oleh New Straits Times)

7 Sebab mengapa Setel sebagai solusi petrol e-pembayaran pilihan

Berbalik kepada tajuk utama iaitu apps Setel yang dikatakan sebagai solusi petrol e-pembayaran pertama. Mengapa? Ok berikut merupakan 7 sebabnya

7 sebab setel sebagai solusi petrol e-pembayaran anda
  1. Pembayaran dari dalam kereta
  2. Dapat dan tebus point mesra tanpa kad
  3. RM200 tidak dipegang ketika menggunakan kad debit atau kredit
  4. Mendapat e-resit pada setiap pembelian minyak petrol
  5. Tiada perlu penat beratur
  6. Merekod perbelanjaan minyak petrol
  7. Pilihan pembayaran secara selamat dan selesa dari dalam kereta

Setel 3 Kali & Dapatkan 10% Cashback

Setel juga mempunyai promosi-promosi hebat diantaranya 10% cashback dengan mengisi minyak sebanyak 3 kali.

Kebetulan hari ini saya baru mendapat cashback 10% ini. Ianya amat berbaloi kerana dengan hanya 3 kali pembelian minyak petrol dimana-mana stesen petronas (lembah klang) anda boleh mendapat 10% wang anda kembali. Berminat untuk join?

3 langkah mudah untuk 10% cashback

  1. Download dan register apps Setel
  2. Dalam tempoh 30 hari, gunakan apps setel sebanyak 3 kali pembelian dimana-mana stesen Petronas
  3. Jumlah penggunaannya untuk ketiga-tiga ini adalah minimum RM90.

Selepas pembelian ke-tiga itu anda akan mendapati bahawa akaun setel anda telah ditopup sebanyak 10% ( Bergantung pada terma & syarat)

Cara Menggunakan Setel

Setel & Dapatkan Bonus RM 5

Bagi kawasan Lembah Klang, dapatkan bonus RM5 bagi pembelian RM30 anda menggunakan referral kod saya EUHUN atau klik di link berikut

https://www.setel.my/ref/euhun

An Entrepreneur. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (Manufacturing & Trading of Muslimin & Muslimah Apparel). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

24 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *