avana e-commerce platform pilihan
Review

Avana e-Commerce Platform Pilihan

Tahun ini masuk tahun kedua saya menggunakan perkhidmatan Avana sebagai e-commerce platform. Semenjak mula berniaga online (tahun 2014) saya telah mula survey platform e-commerce yang sesuai dan berbaloi dari segi harga, features yang ditawarkan dan juga sejauh mana tahap “mesra pengguna”nya. Didalam entry ini, saya akan senaraikan 6 sebab mengapa Avana e-commerce platform pilihan saya.

1. Level up perniagaan online

Bukan hanya kepada peniaga online, malah sekarang peniaga offline juga sudah mula berjinak-jinak dengan teknologi IT untuk mengembangkan perniagaan mereka sejajar dengan peredaran zaman dan perkembangan semasa perniagaan iaitu memiliki e-commerce.

Lambat tinggal

Ya, dalam dunia perniagaan ini, jika kita tidak ikut trend, kita akan ketinggalan.

Jadi jika anda seorang peniaga, dengan memiliki e-commerce melalui Avana dan mempunyai domain jenama anda (contoh: www.jenamaanda.com), ianya mampu membawa brand dan bisnes anda ke peringkat seterusnya yang lebih tinggi.

Baca juga : 5 sebab perniagaan anda perlukan ecommerce untuk berkembang

2. Unlimited produk dengan harga berpatutan

Pada awal berbisnes dulu, saya ada menggunakan khidmat dari Luckyregister.com sebagai ecommerce platform. Ia merupakan syarikat internasional dimana pembayarannya menggunakan kad debit. Untuk membuat pembayaran mengunakan kad debit, terlebih dahulu saya berurusan dengan pihak bank untuk memberi akses kad debit ini untuk membuat pembayaran internasional.

Luckyregister.com dan juga kebanyakkan ecommerce platform yang lain mempunyai beberapa pakej yang menghadkan jumlah produk yang boleh diupload di dalam webstore. Bagi bisnes yang mempunyai lebih banyak produk, pakejnya menjadi lebih mahal.

Avana merupakan satu-satunya platform yang tidak menghadkan jumlah produk untuk diupload (ianya unlimited) dan pakej yang disediakan amat berbaloi berbanding ecommerce lain terutamanya yang dari luar negara.

Disebabkan avana merupakan syarikat bumiputera yang bertempat di malaysia, segala pembayaran, soal jawab dan isu yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

3. Sistem pembelian lengkap dan profesional

Ibaratnya anda seperti menggaji pekerja yang menguruskan proses pembelian dari awal tempahan, pembayaran dan sehingga ke proses pengeposan

Secara ringkasnya dapat saya senaraikan kelebihan Avana iaitu membantu anda

  • Menyediakan maklumat lengkap produk : harga, variasi, stok terkini
  • Menerima tempahan
  • Memberi invoise kepada pelanggan selepas tempahan dibuat oleh pelanggan
  • Memberi notifikasi pada email anda mengenai pembelian
  • Memaklumkan sekiranya pelanggan telah membuat pembayaran
  • Menghantar email resit pembayaran kepada pelanggan, email tracking number
  • dan banyak lagi!

Bukan sekadar memudahkan proses pembelian, avana juga mempunyai features untuk anda menempah terus “pos laju pick-up” dari dashboard avana.

Prosesnya sangat mudah dimana anda tidak perlu buka website easyparcel ataupun call pos laju pick-up apatah lagi ke pejabat pos untuk membuat pengeposan. Anda hanya perlu klik pada order yang hendak dipos dan schedulekan pos laju pickup dengan mudah.

Jadualkan pos laju pick-up semudah satu klik sahaja di dashboard Avana ini

Untuk ini, anda hanya perlu top-up amaun Ava-pay anda. (Psstt pengeposannya lebih murah berbanding harga standard pengeposan di pejabat pos laju). Dan berita baiknya adalah, anda boleh top-up Ava-pay ini serendah RM30.

Pelanggan bayar > Anda klik button Pos Laju > Print consignment note > Posmen datang pickup

4. Mengutamakan ciri media sosial

Bagi yang menggunakan Facebook page sebagai medium sosial utama dalam berbisnes, Avana merupakan pilihan yang tepat buat anda.

Ini kerana Avana mengintegrasi Facebook sebagai saluran perniagaan buat peniaga. Pelanggan boleh membuat pembayaran terus semasa membeli melalui facebook tanpa meninggalkan facebook page.

Selain itu, apa yang menariknya adalah database Facebook follower juga dapat dikumpul dan dimuat turun.

Apabila produk diupload di dashboard Avana, ianya boleh terus di kongsi ke Facebook page dan juga Fb profile. Ia juga boleh dikongsi terus ke post instagram, whatsapp, line, blogspot dan banyak lagi!

5. Pengurusan inventori dan admin yang pro dan automatik

Berikut merupakan ciri-ciri yang menarik yang terdapat didalam Avana dalam pengurusan produk dan stok.

  • Senarai produk boleh ditambah, diubah suai di Facebook store dan di website didalam satu sistem yang mudah
  • Tambah produk dan menggunakan Drag and drop untuk menambah gambar
  • Harga diskaun dan promosi boleh diset
  • Urus dan track produk didalam inventori
  • Produk boleh dikumpulkan didalam kategori masing-masing
  • Proses carian gambar boleh dimudahkan dengan menggunakan label

Avana juga mempunyai sistem integrasi dengan online banking untuk menerima pembayaran secara online. Bayaran dari pelanggan tempatan dan juga antarabangsa diterima melalui kad kredit, perbankan dalam dalian dan banyak lagi!

Daftar avana sekarang!

Tutorial Avana

6. Syarikat bumiputera & sistem sokong yang bagus

Avana menyatakan mereka menyediakan sistem sokongan yang mesra pelanggan menerusi live chat, email dan juga Whatsapp.

Berbanding sebelum ini, urusan lebih mudah menggunakan avana kerana ia merupakan syarikat bumiputera yang fasih menggunakan bahasa melayu dan english. Sebarang isu yang timbul dapat disalurkan dengan betul dan selesaikan dengan cepat.

Avana juga menyediakan tutorial pengetahuan asas secara online yang membantu memudahkan peniaga untuk merujuknya sebagai manual mengendalikan dashboard Avana.

Avana juga mempunyai HQ di Ara Damansara dan aktif menganjurkan seminar-seminar pemasaran online (strategi pemasaran dan jualan).

Video Kisah Simply Adorable Muslimah Style dan Avana

An Entrepreneur. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (Manufacturing & Trading of Muslimin & Muslimah Apparel). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

19 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *