Keluarga,  Mompreneur,  Motivasi

5 Tip Mompreneur Menyiapkan Master

Apabila baca tajuk entry kali ini, apa yang anda terbayang dan fikirkan? Mom-preneur yang menyiapkan master.. Ya. Terdapat 3 tanggungjawab yang bagi saya agak besar dan sememangnya saya berjuang untuk menunaikan tanggungjawab ini sebaiknya.

Saya merupakan seorang ibu yang most of the time menjaga anak sendiri dan tak hantar ke mana2 pusat asuhan, membuat bisnes online dan membuat research/kajian untuk menyiapkan master degree. Untuk pengajian master, saya melakukan 2 jenis kajian iaitu eksperimen didalam makmal dan kajian simulasi menggunakan komputer.

Saya memulakan master pada tahun 2012 dimana pada waktu itu masih belum bercahaya mata. Alhamdulillah siap konvokesyen pada oktober 2018 dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Ya memang agak lama sebab mengambil masa 6 tahun. Sampai satu ketika agak stress kalau ada yang bertanya “bila nak habis master?”. Haha

Sebenarnya saya tidaklah hebat mana pun. Cuma saya bertujuan hendak berkongsi tip-tip yang saya rasakan mungkin bermanfaat bagi mereka diluar sana yang sekapal dengan saya iaitu seorang ibu yang mempunyai anak kecil-kecil, berniaga dari rumah dan sedang menuntut pengajian di universiti tempatan.

5 tip mompreneur menyiapkan master

Pada entry ini, akan saya kongsikan tip yang saya selalu guna dalam hidup saya. Oh ya! Sebelum itu, sediakan sebuah buku catatan dan pen! Ini penting. Kerana apa yang bakal anda coretkan didalamnya nanti insyaAllah akan menjadi kenyataan. Tapi kena ingat, disebabkan anda banyak komitmen.. jadi sepanjang proses ini sila guna mindset ini

Tenang-tenang sahaja. Tidak mengapa perlahan, yang penting konsisten punyai progres.

1. Kategorikan tanggungjawab

Pertama sekali kenal pasti apakah tanggungjawab major sedia ada dan senaraikan didalam buku catatan tadi. Sebagai contoh, anda adalah seorang;

  1. Ibu & isteri
  2. Pelajar master
  3. Usahawan

Dengan membahagikan tanggungjawab anda kepada beberapa kategori ini, ia dapat membantu anda untuk “check & balance” semua tangunggjawab anda dengan tersusun dan adil.

2. Tetapkan & susun prioriti

Diantara tanggungjawab itu, kenal pasti yang mana satu adalah keutamaan dan segera (urgent). Dan nyatakan tahap keutamaan dan urgent itu.

Yang menjadi keutamaan adalah perkara yang perlu dahulukan dalam mengatur segala perancangan. Manakala yang segera (urgent) pula adalah perkara yang mempunyai dateline perlu dipastikan diselesaikannya didalam waktu yang ditetapkan.

Maka selepas menetapkan tanggungjawab-tanggungjawab mengikut keutamaan dan segera (urgency) ini, dapatlah anda merancang dengan lebih terperinci secara efisyen. Iaitu dengan menyusun bilakan waktu didalam jadual harian saya yang sesuai untuk melaksanakan setiap tanggungjawab ini.

3. Tetapkan objektif

Tetapkan objektif bagi setiap tanggungjawab tadi. Objektif hendaklah sesuatu kejayaan besar yang perlu dicapai didalam tempoh yang tertentu dan ianya memerlukan perancangan dan aktiviti yang strategik.

Menurut perkongsian dari video NotaBisnes, objektif perlulah suatu great success (kejayaan besar), concrete (jelas dan tidak subjektif), actionable dimana kita perlu melakukan sesuatu untuk mencapainya dan inspirative iaitu kita teruja dan menjadi sumber inspirasi untuk mencapainya.

4. Tetapkan sasaran

Sasaran merupakan proses yang dilakukan untuk mencapai objektif. Ianya perlulah mempunyai ciri-ciri angka yang spesifik, masa yang spesifik, boleh diukur pencapaiannya dari masa ke semasa dan boleh disahkan.

Perkara yang anda fikir & tumpu akan berkembang

Yasmin Mogahed

Menurut Yasmin Mogahed, fikir dan tumpu hanya pada masalah, maka masalah itu akan bertambah. Anda akan jadi lemah, tidak bermotivasi dan hidup tidak bersemangat. “Shift”kan pemikiran anda kepada penyelesaian dan bayangkan kegembiraan. Maka penyelesaian dan kegembiraan itulah akan anda dapat. Sentiasa belajar benda baru untuk perbaiki diri. Pada hujungnya nanti, anda pasti akan menjadi seorang yang jauh lebih baik.

Biarpun anda terpaksa merangkak pada ketika orang lain berlari, percayalah yang anda tetap menuju ke destinasi yang anda ingin tuju.

5. Dapatkan sistem bantuan

Saya sentiasa berpegang kepada kata-kata,

When there is a will, there is always a way.

Always.

UN

Ada tanggungjawab yang membuatkan kita wajib mempunyai masa untuk melaksanakannya setiap hari terutamanya tanggungjawab yang menghampiri dateline, ada juga yang boleh dibuat beberapa kali seminggu dan sebagainya seperti kerja-kerja rumah.

Saya juga dapat mengenal pasti ada tanggungjawab yang membuatkan saya memerlukan “support sistem” kerana secara logiknya sememangnya kita tidak mampu melakukan kesemua tugas ini dengan sendiri melainkan dengan sedikit bantuan dari orang lain.

Berikut merupakan plan & matlamat yang telah saya capai melalui tip ini (tempoh 2012-2018)

KomitmenIbuPelajarUsahawan
PrioritiUtamaSegera (urgent)Belum utama & tidak segera (urgent)
ObjektifPastikan keperluan emosi dan fizikal anak2 terjaga dengan baik (terutamanya anak yg masih bayi) dan menyediakan mereka sebaiknya untuk memasuki alam playschool
Menyiapkan pengajian master pada 2017

Pastikan sale bulanan tidak kurang dari minimum target sehingga saya berjaya menyiapkan master
Sasaran
Menjaga sendiri anak2 yang dibawah 2 tahun, mendidik mereka mengikut mile stone perkembangan kanak2 yang dicadangkan pakar.
Bagi anak yang sudah bersedia untuk masuk playschool (2 tahun 6 bulan), setahun sebelum mendaftarkan mereka ke playschool, saya sudah tanamkan mindset didalam diri anak2 mengenai keseronokan playschool (sudah tentu saya mencari playschool dengan teliti dan yang berkualiti untuk membantu saya mencapai objektif ini)

Antara syarat wajib tesis untuk pengajian master adalah mempunyai 20k patah perkataan. Saya perlu elaborate kajian saya agar ianya mencapai 20k patah perkataan ini.
Dengan ini saya pastikan setiap hari, dalam masa sekurang2nya sejam saya dapat fokus menulis tesis. ( 1 jam sehari, sebulan sudah dapat menulis selama 30 jam).

Konsisten update social media bisnes sekurang-kurangnya 1 post dalam 2-3 hari.
Menjawab segala mesej dari pelanggan, dan deliver order dari pelanggan tepat pada waktunya.
Konsisten menjaga imej bisnes dan personal brand.
Sistem bantuan Bantuan ahli keluarga untuk menjaga anak2 seketika,
Rakan-rakan pengajian yang sentiasa berkongsi info terbaru mengenai proses menyiapkan pengajian.

Sistem perniagaan yang tersusun dan autopilot (platform jualan, jadual pengeposan dll) yang dapat memudahkan urusan bisnes saya
KeputusanAnak pertama dan kedua gembira untuk hadir ke playshchool mereka.Tamat pengajian master dan konvo pada Oktober 2018Alhamdulillah masih aktif berbisnes dan 2019 menjadi tahun untuk mula fokus pada mengembangkan bisnes

Baca juga: 5 Sebab Yang Menandakan Perniagaan Anda Perlukan Website e-Dagang Untuk Berkembang

Bace juga: 9 Sebab Kenapa Pilih Pengeposan dengan Easyparcel

Kenapa anda perlu senaraikan objektif anda?

Kerana menurut kajian yang dilakukan mengenai goal setting (matlamat), mereka yang menyenaraikan matlamat mereka, lebih cenderung untuk mencapainya.

sumber: The importance of writing down clearly defined goals

Pastikan juga anda tidak membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Kerana ini bukan sahaja melemahkan semangat anda, malah anda akan tersasar dari landasan.

Ingat!

Fokus hanya pada plan anda, yang penting bergerak ke arah mencapai objektif.

Tip apa pula yang anda guna dan membantu mengejar impian anda?

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

30 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *