Resepi sarapan Cheese and chicken meat meet in the pocket
Keluarga,  Mompreneur

Resepi Sarapan Mompreneur: Cheese & Chicken Meat Meet in the Pocket

Sudah namanya “mom”preneur, memang tak lari dari nak yang perfecto-perfecto aja dalam bisnes mahupun semua kerja rumah. Kalau boleh semua kerja nak cepat siap tapi kualiti nak tiptop. Kalau mengemas tu biarlah licin berkilat, menjahit tu nak kualiti tahap butik (peh..dream big lady) dan.. memasak tu, ehem lemah sikit bab masak-masak ni, tapi tetaplah naluri keibuan tu nak masak sendiri makanan untuk suami & anak2 dan kalau boleh dengan bahan-bahan yang healthy dan fresh. Jadi ini antara resepi yang saya dapati mudah, healthy dan nampak gaya digemari suami dan anak-anak. Nama diberi adalah resepi sarapan mompreneur: Cheese & Chicken Meat Meet in the Pocket yaww! 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Roti pita
  2. Bawang putih
  3. Daging ayam cincang
  4. Mozarella cheese
  5. Salad
  6. Mayonis
  7. Sos cili
  8. Pepper
  9. Mentega
  10. Garam

Cara memasak inti:

  1. Panaskan mentega diatas kuali
  2. Tumis bawang putih sehingga naik harumannya
  3. Masukkan daging ayam cincang
  4. Taburkan sedikit garam dan pepper
  5. Kacau rata dengan api besar sehingga daging ayam masak
  6. Tutup api dan terus masukkan mozarella cheese (daging masih panas untuk mencairkan cheese)
  7. Bakar roti pita (boleh menggunakan oven atau atas magic pan sahaja)

Cara hidang:

Masukkan salad dan inti didalam roti pita. Seterusnya boleh ditambah sos dan mayonis untuk menambah lagi kelazatan sarapan anda ini. Walla! tu dia resepi sarapan mompreneur: Cheese & Chicken Meat Meet in the Pocket sudah siap!

Baca juga: Resepi BBQ ringkas

Resepi Sarapan Mompreneur: Cheese & Chicken Meat Meet in the Pocket
Resepi sarapan ringkas mompreneur digemari anak bongsu

Notis bahawa saya memang tak sekalikan berapa kuantiti setiap bahan yang digunakan. Resepi ni sebenarnya simple sangat, kalau anda suka banyak daging, boleh banyakkan kuantiti daging didalam masakan. Ha macam tu kira-kiranya. Nak sayur lebih ke, mozarella cheese leleh ke.. semua boleh.

Idea masaknya dah ada disini, anda bolehlah masak ikut kreativiti dan selera perut keluarga yang tercinta.

Bahan mentah semua saya dapatkan di Checkers Hypermarket. Memandangkan saya borong salad banyak, jadinya menu sepanjang minggu adalah bersayurkan salad dan tomato berry la kebanyakkannya. Termasuklah bento yang dibekalkan untuk suami bawa ke tempat kerja.

Resepi mompreneur
Bento suami pada hari yang sama. Ikan bakar, kicap bawang putih, salad + tomato berry bermayonis.

By the way, seronok membeli bahan mentah di Checkers Hypermarket, sebabnya bahan memang murah dan kebanyakkannya memang dh siap dikupas (bawang2, halia2 dan bahan2 yang renyahnya la hai nak dibuat tiap kali nak masak). Ha memang sesuai sangat la untuk mompreneur yang nak cepat2 siap masak kat dapur tu. Orang kata, boleh dapatkan bahan ready to cook la dari Checkers ni.

Marilah kongsi sarapan apa pula paling ringkas dan mudah yang anda pernah buat?

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

17 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: