DIY ringkas blackout back tab curtain yang ringkas
Jahitan,  Tutorial

DIY Menjahit Langsir Blackout (Back tab)

Bilik yang dahulunya saya jadikan bengkel jahitan kini saya atur untuk dijadikan bilik anak-anak. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki untuk memindahkan bengkel jahitan ke tempat yang lebih besar dan sesuai. Dalam entry ini, saya kongsikan teknik DIY menjahit langsir blackout (back tab) yang saya buat untuk bilik anak-anak saya.

Sebelum berkongsi mengenai tutorial ringkas membuat langsir blackout back tab, mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan langsir blackout back tab.

Langsir blackout back tab

Ok sebelum tu apakah dia blackout dan back tab yang saya maksudkan ini?

Blackout curtain: Didalam dunia fabrik, yang dinamakan blackout adalah merujuk kepada jenis fabrik yang legap dan kalis cahaya. Ianya biasa digunakan dibilik hotel sebagai tirai yang menghalang cahaya yang terlalu terang dari memasuki ruangan bilik.

Back tab curtain:  Merupakan langsir yang pada sebelah atas-belakang dijahitkan “tab” untuk memudahkan ianya digantung pada rod. Terdapat dua cara menggantung langsir pada rod:

  1. Melubangkan dan meletakkan ring sebelum dimasukkan rod kedalam setiap ring itu.
  2. Menjahit jalur kain pada atas-belakang langsir (dikenali sebagai back tab) digunakan untuk menyangkut langsir pada rod.
Gantungan jenis “Back tab”

Baca juga: Tip menghasilkan gambar menarik

Alatan menjahit langsir blackout (back tab)

  • Langsir 
  • Gunting
  • Pita pengukur/ pembaris
  • Jarum peniti
  • Mesin jahit
  • Seterika
  1. Potong kain langsir mengikut kesesuaian saiz tingkap. Untuk tingkap bilik anak saya ini, disebabkan tingkapnya kecil, maka saya memotong langsir seluas 2 m x  1.5 m.
  2. Pada hujung atas dan bawah langsir, lipat selebar 10.5 cm (+- 4 inci) dan disisi langsir dilipat selebar 2.7 cm ( +- 1 inci) [Rujuk gambar (a)]
  3. Untuk jalur back tab, gunting kain seluas 4 cm (1.5 inci) x 11.5 cm (4.5 inci) [Rujuk gambar (c)]
  4. Lipatan tadi di pin dan di seterika supaya lebih kemas.
hujung atas dan bawah langsir
(a) Lipatan hujung atas dan bawah langsir
(b) Seterika untuk perkemaskan lipatan
(c) Jalur back tab
(d) Menjahit jalur back tab dibelakang langsir bahagian atas
(e) Langsir blackout (Back tab) yang sudah siap dijahit

Mudahkan? Tutorial ini sesuai bagi mereka yang baru berjinak2 untuk menjahit langsir sendiri. Ini juga merupakan langsir pertama yang saya jahit dan masih banyak kekurangan. 

Tapi hey, idea dah ada disini, anda sudah tentu boleh buat lebih cantik dan menarik kan? Ok, dibawah ini saya kongsikan sedikit rujukan untuk pemasangan langsir yang betul.

The good and the bad in hanging curtain
Bagaimanakah pemasangan langsir yang sesuai?

Baca juga : Rujukan pemasangan langsir 

Saya memang suka dengan kraf & DIY ni. Lagi2 bila boleh ajak anak & suami join. Anda pula bagaimana?

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

25 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: