Skim hijrah selangor
Bisnes,  Mompreneur,  Review

Skim Hijrah Selangor, Pinjaman & Simpanan Buat Usahawan

Mendapat bantuan modal kewangan untuk melancarkan perjalanan bisnes dan juga mengembangkan bisnes adalah perkara biasa didalam dunia perniagaan. Tetapi peniaga hendaklah berhati-hati didalam menggunakan perkhidmatan agensi yang menyediakan dana perniagaan ini dan peniaga perlu mempunyai perancangan yang sebaiknya ke mana wang itu akan dilabur supaya ianya boleh menjadi ROI (Return of Invesment) yang tinggi dan menguntungkan perniagaan.

Bagi warga Selangor, Hijrah Selangor ada menyediakan bantuan perniagaan. Ianya memang sangat mudah dan cepat. Pada entry ini, saya akan kongsikan manfaat dan skim yang ditawarkan oleh  HIJRAH SELANGOR serta pengalaman saya memohon Skim Hijrah Selangor untuk bisnes jahitan.

Kelebihan Skim Hijrah Selangor

  • TIGA PERKHIDMATAN dalam SATU urusniaga (Pinjaman + Tabungan + Pelaburan)
  • Khidmat Kaunseling anak cemerlang
  • Khidmat runding pengurusan perniagaan
  • Urusan Insuran Takaful Pinjaman
  • Tawaran Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang

2 Jenis Skim Hijrah Selangor

Sebelum ini saya ada membuat survey kepada beberapa peminjam skim hijrah selangor, rata-rata peminjam skim tidak mengetahui yang sebenarnya terdapat 2 jenis skim yang ditawarkan oleh Hijrah Selangor. Ianya adalah

  1. Skim pinjaman mikro kredit
  2. Skim “Zero to Hero”

Skim pinjaman mikro kredit

skim mikro kredit hijrah selangor

Program HIJRAH SELANGOR menawarkan 2 skim kepada usahawan HIJRAH SELANGOR sebagai fasa permulaan

  • Skim 1: RM1,000 hingga RM5,000
  • Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000

Rekod bayaran balik pinjaman semasa merupakan asas utama pengukuran kedudukan seseorang peminjam. Bagi usahawan-usahawan yang telah menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan pada fasa permulaan, mereka akan ditawarkan skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang. Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang menawarkan pinjaman seperti berikut:

  • Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
  • Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)

Baca juga:  5 sebab peniaga perlu memiliki website e-dagang

Skim “Zero to Hero”

Skim ini dinamakan skim ”Zero to Hero” dimana HIJRAH Selangor memilih dan melantik Anchor Company yang berpotensi untuk melaksanakan ”system mentoring” (melatih dan memantau).

Proses pelaksanaan, Anchor Company dan HIJRAH Selangor akan memberi taklimat dan memilih peserta mengikut golongan sasar yang ditentukan, seterusnya, peserta yang terpilih akan diberi latihan oleh Anchor Company mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Setelah tamat latihan, peserta yang betul-betul layak akan membuat permohonan pinjaman HIJRAH Selangor. Setelah lulus permohonan dan ada tempat/tapak untuk berniaga,  Anchor Company akan membekalkan peralatan dan bahan perniagaan. Wang pinjaman untuk membeli peralatan dan bahan perniagaan akan disalurkan terus kepada Anchor Company.

Perjalanan perniagaan akan dibimbing/dipantau oleh Anchor Company selama 6 bulan. HIJRAH Selangor akan memantau seterusnya dan memastikan perniagaan berjalan dengan baik dan berdaya maju. Kejayaan usahawan berkenaan merupakan kayu pengukur kejayaan HIJRAH Selangor.

Berikut adalah antara pakej yang ditawarkan beserta Anchor Company:

  1. Pakej Telekomunikasi oleh syarikat peneraju RED ONE
  2. Pakej Kiosk Milo oleh syarikat peneraju CHOMMEL ARECA
  3. Pakej Jahitan oleh syarikat peneraju All Malaysian Creation
  4. Pakej Bakeri Ria oleh syarikat peneraju Bakeri Ria

dan banyak lagi.

Cara memohon

Syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  2. Memiliki premis perniagaan yang khusus.
  3. Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah (SSM atau Lesen PBT atau Permit Sementara).
  4. Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan.
  5. Terlibat secara langsung dalam perniagaan.
  6. satu pinjaman di bawah skim HIJRAH sahaja dalam satu-satu masa.
  7. Terbuka kepada semua kaum.

Dokumen diperlukan

• Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan,
• Salinan SSM atau Lesen Majlis atau Permit Sementara,
• Gambar Perniagaan 3 Keping,
• Penyata Bank 3 Bulan Terkini (disahkan pihak bank)
• Bil Utiliti Kediaman (Air & Elektrik)
• Gambar Berukuran Passport 2 Keping

Kaedah pembayaran semula

Bayaran dibuat setiap minggu selama tempoh yang telah dipersetujui oleh peminjam (minimum 6 bulan, maksimum 3 tahun).

Bayaran semula yang dibuat adalah = (pinjaman + cas khidmat + simpanan)

Kiranya melalui skim hijrah selangor, peminjam juga akan peruntukkan sedikit wang yang dibayar mingguan itu untuk menyimpan. Duit simpanan yang terkumpul ini boleh diguna pakai oleh peminjam selepas tamat tempoh pembayaran ini nanti.

Baca juga: Pengurusan lengkap akaun bisnes khas buat usahawan kecil

Proses permohonan yang cepat dan mudah

Sejujurnya saya amat berpuas hati dengan proses pengendalian permohonan yang sangat efisyen dari pihak HIJRAH SELANGOR cawangan Klang. Manakan tidak, permohonan dibuat pada waktu pagi, diluluskan waktu petang pada hari yang sama dan proses menanda tangan dokumen pada hari berikutnya.

Pegawai yang bertanggungjawab juga sangat efisyen dan profesional menjawab setiap pertanyaan dan memudahkan proses permohonan. Followup juga sentiasa diberikan kepada para usahawan hijrah selangor.

Sekiranya anda telah memohon dan proses permohonan agak perlahan, saya mencadangkan anda terus hubungi pegawai yang terlibat. Didalam website Hijrah Selangor ada disenaraikan pegawai-pegawai yang ditugaskan disetiap cawangan.

Skim mana yang lebih baik?

Ini terpulang kepada perancangan perniagaan anda. Sekiranya telah mempunyai plan dan hanya perlukan bantuan kewangan, maka boleh membuat pinjaman berbentuk wang iaitu skim mikro kredit.

Tetapi sekiranya anda masih baru didalam perniagaan dan kurang mahir dengan industri yang diceburi, ingin belajar dengan cara yang betul secara “mentoring” dari syarikat yang telah berjaya, maka skim “zero to hero” mungkin skim yang sesuai buat anda.

Untuk maklumat lanjut berhubung Skim Hijrah Selangor, boleh layari

Website: http://www.hijrahselangor.com/

Email: admin@hijrahselangor.com

Talian tetap: +603 5521 2458

Facebook: Hijrah Selangor

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

16 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: