Website e-Dagang
Bisnes,  Webstore

5 Sebab Yang Menandakan Perniagaan Anda Perlukan Website e-Dagang Untuk Berkembang

Tahukah anda peniaga online diluar sana, selepas beberapa tahun berniaga diatas talian, akan sampai satu tahap perniagaan anda memerlukan website e-Dagang untuk berkembang lebih jauh. Disini akan saya kongsikan 5 sebab yang menandakan sudah tiba masanya anda mempunyai website e-Dagang untuk merancakkan lagi perniagaan atas talian anda.

Setelah beberapa tahun berniaga, pasaran anda telah mula berkembang, bilangan pelanggan semakin meningkat dan datangnya dari pelbagai tempat termasuklah dari negara jiran seperti Brunei dan Singapura.

Anda juga semakin tidak menang tangan untuk melayan pertanyaan dari pelanggan-pelanggan anda bukan? Ini menandakan anda memang telah sampai ke fasa dimana memerlukan website e-Dagang untuk kembangkan perniagaan anda lebih jauh lagi.

5 sebab perniagaan anda perlukan e-Dagang

1. Lebih profesional dan diyakini oleh pelanggan kerana sistem penyampaian maklumat produk dan sistem jual beli yang lebih tersusun seperti penerangan produk (kuantiti dan harga) yang dipaparkan dan juga sistem maklum balas pembelian (invois, email, tracking number). Dua elemen penting ini disediakan oleh kebanyakkan website e-Dagang provider.

2. Penjualan produk meningkat secara efektif  dimana pelanggan anda mampu membeli produk anda dari mana-mana, pada bila-bila masa dan dengan apa-apa cara yang dikehendaki mereka.

Ramai pembeli diatas talian tidak mahu bersesak-sesak didalam traffic jam dan membuang masa didalam perjalanan ke kedai. Mereka lebih suka membeli sambil menikmati keselesaan berada dirumah. Ingat juga! kedai online e-Dagang anda ini juga adalah SENTIASA open. Pelanggan boleh membeli belah walaupun semasa anda tidur!

3. 80% netizen membuat pembelian online mengikut sumber dari sebuah artikel entrepreneur.com. Dan jumlah ini dikatakan akan hanya semakin berkembang dari masa ke semasa. Kunci buat owner peniaga ecommerce adalah dengan membina kepercayaan dan kredibiliti.

4. Mendapat pelanggan baru dengan “Search engine visibility” dimana pelanggan mudah mendapat pendedahan mengenai produk anda hanya dengan carian di internet. Adalah tidak mustahil untuk bakal pelanggan anda klik pada link yang memaparkan produk anda di internet.

5. Ianya mudah dibina dan dijalankan. Kini, untuk membangunkan sebuah website e-dagang sudah menjadi sangat mudah sejajar dengan kesedaran dan kepentingan mempunyai perniagaan secara online. Dari platform jualan kepada marketing dan juga alat SEO, semuanya menjadi mudah.

Berminat untuk memiliki website e-Dagang?

Dapatkan free trial website selama sebulan melalui AVANA. Anda juga berpeluang untuk mendapat coaching secara percuma!

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master Degree of Science in Mechanical Engineering. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

23 Comments

  • Nieve

    Rasanya AVANA perlu perkemaskan web mereka dahulu, sebagai contoh, link ke About Us page dll pun berlaku error — not a good 1st impression for new users…

    Bagi Nieve yang tidak seberapa celik IT, kami jalankan store dengan blog sudah memadai kerana keterbukaan trafik & SEO setiap hari. Lagipun mudah kerana blog tersebut adalah produk Google ;).

    Ramai online sellers actually gagal kerana tidak mempunyai website atau blog untuk “funnel” sales leads. Jika adapun nampak tak serius, tak professional & un-prepared.

    Maklumlah, tuan kedai online multi tasking bukan?

    Dia-lah setup website,
    Dia-lah detailkan design website.
    Dia-ah publish produk listing.
    Dia-lah ambil orders
    Dia-lah layan customers inquiries.
    Dia-lah buat prep & penghantaran
    Dia-lah update produk & website
    Dia-lah buat promosi

    A lot going around in his hands…

    • Nurhasanah Ismail

      Salam & Hi cik Nieve, mengenai link About Us, saya tiada sebarang masalah untuk akses ke page tersebut. Boleh cik view semula?

      Menjalankan store melalui blog atau website ada pro and cons nya. Avana mempunyai banyak feature menarik antaranya autopost produk ke fb page dan blogspot setiap kali kita listkan produk baru diwebstore dan ada banyak lagi dimana cik boleh baca senarai feature mereka di blog avana.

      Didalam berniaga online ada beberapa fasa. Bagi small business owner seperti saya, saya bermula dari zero. Tiada kos iklan mahupun website. hanya menggunakan instagram dan akhirnya setelah mempunyai pasaran dan demand, saya kembangkan dengan memiliki beberapa platform jualan seperti di shopee dan avana.

      Begitu juga didalam pengurusan perniagaan, saya percaya semua bisnes owner ada mempunyai cita2 dimana sale boleh berjalan dengan sendiri pada suatu hari nanti tanpa kita seorang menjadi kuli dan bos.

      untuk berkembang, kita perlu delegate kerja kepada staff dan fokus kepada strategi untuk mengembangkan perniagaan.

      saya percaya kita boleh improve, belajar untuk menjadi lebih profesional dan nampak lebih serius dari masa kesemasa. kerana untuk terus mulakan secara profesional dan nampak serius ternyata perlukan modal yang tinggi.

      sekadar pandangan saya seorang small business owner.

  • Hafizah Zainal Abidin

    Zaman sekarang, dah ramai orang membuat perniagaan online tak laku sebab takde professional website sendiri. Para peniaga online memang digalakkan untuk membuat website sendiri untuk meyakinkan pelanggan terhadap perniagaan anda. Terima kasih AVANA kerana telah memudahkan para peniaga untuk memiliki website sendiri. 🙂

  • Hanny Abdullah

    Yup zaman sekarang zaman di hujung jari..semua nak senang dn cepat. Ktik2 nnti sampai je barang depan pintu.
    Buat seller mmg perlu ada platforn yg memudahkan pengguna utk membeli dan nampak professional

  • Lia Hasty

    Pernah juga berhajat buat business sampai ada website sendiri. Tapi kesibukan kerja terpaksa lupakan hajat tu. Anyway thanks beri semangat dan share mengenai website e dagang ni.

  • Liez

    Thanks for the info.. mmg tal dinafikan mmg skrg klau berniaga kena ada soc med dan juga website/blog.. ini utk memberikan impact positif dan bakal pembeli lebih yakin utk membeli

  • Bonde Zaidalifah

    Bagus perkongsian ini, sekarang ramai dah ambil peluang yang ada bagi memudahkan kerja harian yang banyak dan masa kadang-kadang sangat terhad. Ada yang tidak cukup masa kekadang tu… Ramai yang ambil jalan mudah dan 5 tip sebab ini sangat bagus utkereka yg berniaga dan memasarkan produk secara atas talian.

  • Ayu Rafikah

    Perkongsian yang mmg menarik. Tak nafikan perniagaan atas talian banyak beri
    Kelebihan memandangkan masyarakat hr ini gaya membeli belah mmg suka dengan cara yg mudah dan pantas

  • Abby Onety

    Jika ingin perniagaan sukses mesti buat applikasi web nya sebab sekarang serba digital yanga banyaknsekali manfaatnya. Tak menguras waktu dan tenaga untuk membeli barang barang kesayangan

  • Diah

    Setuju. Untuk yang baru berjinak dengan business boleh bermula dengan platform instagram, fb dan blog. Tapi bila dah semakin rancak berniaga, website adalah salah satu marketing strategy yang kena di ambil kira. Untuk lebih yakinkan customer dan mudahkan mereka membeli

  • Ruby

    Web e-Dagang memang memudahkan. Cuma kos untuk maintain dan team utk pantau mungkin tak beri apa-apa impak kepada jualan. Tapi lama kelamaan bila di FB, Instagram, shopee, carousel dan Lazada dah ada hasil. Bleh la pelanggan sedia ada tahu web perniagaan tu. Masa hantar parcel juga ada tips jaga hati, masukkan thank you card dan butiran web e dagang. Take time skit lah. Sebab AVANA tu pun seller kena faham guna. Jangan Harap 100% pada platform dan hosting team. Just dua puloh Sen pendapat akak.

  • mamatisya

    tq for sharing 5 sebab perniagaan memerlukan website e-dagang…skarang smua mudah utk kita promo…smua dihujung jari..dgn adanya website ni memudahkan online seller nk menjual dan promo brg2 dan senang juga pembeli nk bli brg2

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: