Bisnes,  Business's tool,  Customer service,  Pengeposan,  Review

9 Sebab Kenapa Pilih Pengeposan dengan Easyparcel

Tiada cas servis pick-up, Malah kos pengeposan lebih murah dari biasa dengan Easy Parcel.

Sebagai seorang mompreneur yang menjana pendapatan 100% dari rumah, saya sentiasa mencari cara yang paling efisyen (jimat kos, masa dan tenaga) untuk menjalankan aktiviti bisnes disamping menguruskan rumah, study dan anak-anak.

Berdasarkan pengalaman berniaga online hampir 3 tahun ini, saya kongsikan 9 sebab yang akan membuatkan anda usahawan diluar sana teruja untuk terus mendaftar dan menggunakan platform ini untuk pengeposan.

Kenapa pengeposan dengan Easy Parcel

 

  • Fast online delivery booking : Tempahan yang amat mudah dan cepat. Ia juga sangat userfriendly. Walaupun anda menempah buat kali pertama, insyaAllah tidak akan menghadapi sebarang masalah. Tapi pastikan talian internet anda hendaklah stabil.
  • Multiple courier choices :Anda akan diberi pilihan untuk memilih beberapa syarikat kurier beserta kos pengeposan yang ditawarkan oleh setiap kurier. Ini membolehkan anda untuk membuat perbandingan harga dan dapat memilih harga yang termurah.

Kurier easy parcel

  • Save on every delivery : Harga pengeposan adalah lebih murah berbanding anda pos dikaunter.
  • Easy online tracking : Anda boleh ‘track’ keberadaan item anda dengan mudah.
  • Free door to door collection : Tiada kos servis pickup dikenakan. Anda bebas memilih mana-mana kurier yang anda mahukan. Pada entry sebelum ini saya ada kongsikan mengenai cara pengeposan menggunakan servis pickup langsung dari Pos Laju dimana sekiranya kita tidak mempunyai akaun dengan pos laju, kita akan dicas sebanyak RM 5.30 untuk setiap kali menggunakan perkhidmatan pengeposan itu. Dengan Easy Parcel, ianya percuma.
  • InsurePlus – RM50 Extra coverage : Sekiranya berlaku kes kehilangan item semasa proses penghantaran, pengguna boleh memohon ganti rugi sehingga RM50.
  • Auto-Generated consignment note : Anda tidak perlu lagi mendapatkan consignment note dari kaunter kurier. Kini anda cuma perlu print consignment note terus melalui website.
  • No volume commitments required : Anda tidak akan dikenakan isipadu komitmen. Anda boleh mengepos item anda tanpa perlu risaukan berat atau isipadunya.
  • E-Commerce integration ready : Sekiranya anda menjalankan perniagaan menggunakan platform shopify, woocommerce, ebay dan banyak lagi, anda berpeluang mengintegrasikan alamat pelanggan anda untuk terus menempah pengeposan melalui easy parcel.

Wajib ada jika anda menggunakan Easy Parcel

  1. Printer
  2. Kertas A4
  3. Plastik bungkus parcel
  4. Laptop/ deskop
My small & simple work space

Rekomendasi saya

Sekiranya anda mengepos item lebih dari 13-16 item sebulan, maka anda membuat pilihan yang bijak dengan mengepos menggunakan Easy Parcel. Ini kerana minimum top-up adalah RM100 dimana anda dapat mengepos item dibawah 1 kg serendah RM6 ( untuk semenanjung). Rate pengeposan ini adalah valid untuk tempoh sebulan.

Sekiranya lebih dari sebulan, jangan risau, kerana amaun duit anda masih selamat didalam akaun Easy Parcel. Hanya rate pengeposan anda akan kembali normal seperti pengeposan di kaunter Pos Laju iaitu RM 7.20.

Jadi apa tunggu lagi? Sekiranya berminat, anda boleh klik di link bawah ini untuk terus mendaftar!

Daftar masuk ke Easy Parcel sekarang

 

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

20 Comments

  • Qeela

    wah menarik jugak yea guna easyparcel ni jee, lagi senang jugak nampaknye. bagus untuk yang buat niaga dari rumah mahupun ada kedai / office kan. good to know this, thanks for the details! 😁

  • Afizah Abd Rahman

    TErima kasih atas perkongsian. Jarang pakai parcel service ni sebab bukan orang berniaga… hehehe… TApi bagus lah easy parcel ni sebab boleh mohon gantirugi and tak pakai consignment note. Just print je kan.

  • Hasif Hamsyari

    Wahhh berganda-ganda lagi mudah sekarang ya! Pengeposan semua boleh guna online je. Lagi jimat masa dan lebih teratur! Iyalah, kalau surirumah sekali pun mestilah busy juga dengan tanggungjawab rumah, apalagi yang bekerja tetap sambil berniaga sambilan. Thank you bagi rekomen ni!

  • Hilma

    Penah nmpk iklan easy parcel ni tp x penah guna sbb jarang post brg..tp bgs service mcm ni..sbb kalau walk in kat pos laju dah la kena tunggu lama and makin hari makin mahal charge nya

  • uzu

    serius tak tau ada easy parcel. Mungkin mana2 bisnesman kan mesti kena servay dlu jenis delivery dan berapa harga kos pos kan. Kalau pengguna biasa ni tak taw apa pun , guna pos laju sudaa hehe

  • Ana Suhana

    Siapa yang menjalankan Online business kena tau ni. Boleh jimat kos kalau betul-betul survey harga kan. Boleh save masa juga tanpa perlu ke kaunter pos. Free caj pula tu. Kalau pos laju memang dikenakan caj setiap kali dorang amik barang2 kita kan.

  • Zaleha | Youth Skincare

    Selalu sangat nampak iklan Easy Parcel ni lalu dekat wall FB tau tapi tak berminat pulak nak klik hehe. Bagus eh kalau macam ni nak pos barang just dari rumah je kalau guna Easy Parcel ni. Sangat mudah untuk para usahawan dari rumah 🙂

  • innanie

    Bgus ada optional choice macam ni. kadang poslaju bermasalah so susah sangat nak dapatkan barang on time. better kalau ada pilihan macam ni senang untuk pelanggan hantarkan barang ke tempat yang dikehendaki.

    Cuma easy parcel kena tambah lokasi lah untuk mudah akses!

  • Ruby

    Easy Parcel ni memang bagus. Ruby suka cara mereka handle parcel. Lepas tu packaging warna pink tu nampak eskslusif. Customer pun happy. Bila berniaga. ruby anggap ada bahagian kena lah kita bg happy kat pelanggan. contoh utk dapat parcel pink tu kena bayar extra kan. why not kan bg gitu. hehe

  • Shivani Balraj

    I haven’t really seen this before but I am always up to trying something new, especially when pos laju is not getting as reliable and affordable as it once was. This seems to be a good alternative to it.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: