Books,  Review

Review: Act like a Lady, Think like a Man

Cara berfikir yang berbeza menyebabkan terkadang timbul konflik didalam hubungan diantara lelaki dan wanita. Seperti buku men from mars women from venus , buku Act Like a Lady, Think Like a Man ini juga menerangkan bahawa terdapat perbezaan didalam cara pemikiran lelaki dan wanita.

Setelah mengendalikan rancangan sendiri selama 20 tahun, saya biasa berjenaka mengenai kisah keluarga, rakan-rakan, perhubungan dan sebagainya. Hasil dari maklum balas penonton, saya dapati terlalu ramai wanita tidak memahami lelaki dan disebabkan itu lelaki selalunya mendapat lebih banyak manfaat didalam hubungan berbanding wanita” – Steve Harvey

Steve Harvey merupakan seorang pelawak terkemuka di Amerika Syarikat yang mengendalikan rancanganya yang terkenal iaitu Steve Harvey Morning Show. Pun begitu, didalam buku ini, beliau membincangkan mengenai lelaki secara serius.

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian penting dimana

Bahagian 1: Set pemikiran lelaki

Memberi pengenalan kepada pembaca mengenai perkara asas tentang lelaki seperti apa yang menggerakkan (memotivasikan) mereka, cinta mereka berbeza dengan cinta wanita, 3 perkara yang mereka perlukan dan perkataan yang menyebabkan mereka menjadi defensif.

Bahagian 2: Mengapa lelaki buat begitu

Dibahagian ini lebih menfokuskan kepada perhubungan sebelum berkahwin iaitu semasa proses berkenalan, antaranya ialah menceritakan apakah sebenarnya intention lelaki didalam berkenal-kenalan dengan wanita dan mengajar wanita untuk menilai dengan baik.

Bahagian 3: Buku permainan (Bagaimana memenangi permainan ini)

Bahagian terakhir ini memberikan tips kepada wanita untuk melakukan pernilaian terakhir sebelum menjadikan lelaki sebagai teman hidupnya. Antaranya peraturan 90 hari, 5 soalan yang wajib ditanya dan interaksi diantara si lelaki dan keluarga wanita pada perjumpaan pertama.

Dibahagian ini juga ada memberikan tips untuk golongan wanita berkomunikasi dengan pasangan dengan cara yang disukainya dan memberikan contoh ayat standard yang sesuai.

Rekomendasi saya

Buku ini amat sesuai dibaca terutama bagi wanita yang menghadapi konflik dalam memahami lelaki didalam hidupnya. Dengan memahami cara pemikiran lelaki insyaAllah akan memudahkan komunikasi dua hala dan dapat mengelakkan atau mengurangkan salah faham didalam perhubungan.

Bagi wanita yang belum berumah tangga, buku ini dapat membantu wanita-wanita supaya lebih berhati-hati dan memberikan tip berkesan sebelum lebih serius menjalinkan apa-apa hubungan dengan lelaki.

Bagi yang sudah berkahwin pula, terkadang pemikiran wanita yang complicated dan terlalu teliti sukar untuk ditafsir oleh lelaki. Dengan membaca buku ini, semoga ianya dapat memberi idea kepada wanita untuk menjadi diri mereka lebih simple dan efisyen didalam hubungan.

Baru-baru ini saya sangat geli hati terlihat gambar diatas ini di news feed facebook. Jika kes diatas ini berlaku, sampai bila pun suami memang tidak akan dapat klu apa yang diinginkan iserinya dek kerana gaya pemikiran lelakinya itu dan kerana wanita yang kurang faham bagaimana ingin menyampaikan hasratnya.

Saya mencadangkan pembaca beragama islam untuk membeli buku ini didalam edisi yang sudah diterjemah dimana bonusnya adalah pengantar penterjemah telah mengubah suaikan sesetengah keadaan mengikut budaya negara kita dan juga menerapkan beberapa nota khas buat pembaca islam.

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

24 Comments

  • adianiez AIDA

    wow. bagus ni.
    kat mana nak beli buku ni, hasanah?
    need it for my research.
    tq sebab review and the recommendation. this semester aida amik gender.
    so, kepala sedang ligat mencari idea and bahan.

  • Hasif Hamsyari

    Wahh nampaknya lelaki jugak sesuai baca buku ni supaya lebih berhati2 dengan persediaan wanita contohnya peraturan 90 harii dan pertanyaan wajib tanya tu. Haha. Apapun, buku begini bukan setakat boleh memakmurkan, bahkan menyelamatkan hubungan. iyalah, hal bercinta dan mendirikan rumah tangga bukan perkara yang wajar dipandang enteng!

  • Yana

    this looks like an interesting book. it is always a good idea to understand how both genders think like to find the loopholes that will help to balance out a relationship.

  • Maya

    Hahaha..bab kucing tu kelakar. Orang lelaki memang, selalu clueless apa yang diorang buat salah. Perempuan pulak tak nak cakap, sebab kalau cakap t jadi gaduh. Kih kih kih

  • Hilma

    Best la buku ni..nak kena beli ni..kat mana ade jual? Bagus utk wife yg kdg2 kita terlalu paham diri kita je..tp x pikirpun psl perasaan hubby..good review

  • Ana Suhana

    Bagus ye buku ni untuk lebih memahami jantina yang berlainan. Memang pemikiran wanita dan lelaki sangat berbeza.kadang boleh jadi gaduh dibuatnya. Bg yang belum kahwin kena beli dan faham semua ni supaya lebih memahami org lelaki. Senang nanti. Hehe

  • Shivani Balraj

    The thoughts between a man and a woman certainly differs; and there is truth to say that men like to cover the simple bases more than if there was a slight complication to it. Communication is certainly essential to any relationship and this books seems to focus on that. Will need to look for it when I pop by a bookstore next, so thank you kindly for the recommendation.

  • Syafiera Yamin

    act like a lady think like a man, banyak kali I dengar quote ni, I teringat kawan lelaki I bagi quote ni dekat I once upon a time ago… hahahah..

    lelaki memang jenis berfikir secara mendalam tu sebab lah macam husband i dia yang tetapkan bajet…

    I pula lebih suka bertindak cepat… camne tu ?

  • Jia Shin Lee

    This book looks really interesting, can’t wait to get one and read it especially when I will have extra time the following months. Men do think differently from women and sometimes it is just so hard to understand them but I guess it goes both ways.

  • dikbee

    Bagus buku ni. Boleh la guna tips yang ada memandangkan sy ni belum kahwin. Bukan apa, susah juga nak memahami sifat lelaki ni. Kadang ok, kadang tak ok.. confuse i.. haha

  • Afizah

    Macam best jer buku ni. Kadang orang perempuan ni memang tak dijangka emosinya. Suka diam dari meluahkan. Lebih suka pakai body language macam dalam gambar tu… Hahaha… Boleh masuk list ni.

  • Betty

    The book look interesting. to win a man heart you need to understand how man thinking and react. They don’t like complicated thinking. Yeah might not every man is like this. Something stand at their side and act like them can learn different better.

  • Racheal Loh

    this is one of my favorite book I had read 4 years ago and till now I will still re-read the book again and again. we human are not computer, for sure need to be reminded over and over again. so this is the reason why i keep on reading the same book

  • Sunshine Kelly

    Wow this book seems to share a lot how to understand man and also how to react towards them. I think I will check it out when i go to the book shop. Thanks for the sharing.

  • Arisa Chow

    Definitely a book i would pick up, in this men dominated world sometimes we need to find ways to stand our ground. Not into feminism but more to educating ourselves as women

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: