Business's tool,  Customer service,  Review,  Tutorial

Review: Aplikasi Whatsapp Business

Sesiapa yang berniaga online pasti berpengalaman berhadapan dengan pelanggan yang lebih suka mesej secara langsung dengan penjual melalui whatsapp.

Termasuklah saya sendiri. Walaupun telah mempunyai webstore dan platform shopee, masih ada pelanggan yang mahu whatsapp secara langsung.

Ini berikutan pelanggan ingin memastikan sama ada

  1. Penjual boleh dipercayai
  2. Produk dan khidmat pelanggan penjual memuaskan hati
  3. Atau kemungkinan besar pelanggan tidak tahu membeli menggunakan platform/ webstore

Sebagai seorang mompreneur, masa memang sangat mencemburui saya. Berurusan dengan pelanggan melalui whatsapp agak memakan masa kerana selalunya pelanggan akan meminta detail produk seperti

  1. Gambar
  2. Stok yang sedia ada
  3. Harga
  4. Material
  5. Kos pengeposan
  6. Diskaun atau free gift

Bayangkan sekiranya terdapat 10 orang prospek yang ber”pm” dengan anda di whatsapp dan bertanyakan soalan yang sama! Sudah tentu memakan masa yang lama untuk anda membalas satu persatu mesej itu bukan?

Whatsapp Business Diperkenalkan

Pada tahun ini, pihak whatsapp telah melancarkan Whatsapp Business di Malaysia. Ianya disasarkan kepada peniaga kecil dan percuma untuk didownload melalui play store. Buat masa ini ianya hanya disediakan untuk pengguna android sahaja.

(klik sini untuk download whatsapp business)

Nombor whatsapp business khas

Nombor yang digunakan untuk aplikasi ini juga hendaklah berbeza dengan nombor whatsapp biasa. Pun begitu ianya boleh digunakan didalam satu smartphone yang sama.

Ini menunjukkan, peniaga perlu mempunyai nombor asing yang dikhaskan untuk whatsapp business ini.

Peniaga boleh mengambil peluang dengan memohon nombor baru melalui unifi mobile dari TM dimana peniaga boleh mendapat sehingga 5 sim secara percuma dan 20GB LTE.

(Klik disini untuk membaca perkongsian saya mengenai unifi mobile)

Jika dilihat pada testimoni pengguna aplikasi ini, ramai yang mengatakan ianya tidak banyak berbeza dengan fungsi whatsapp biasa. Selepas beberapa minggu menggunakan aplikasi whatsapp business ini, saya dapati ianya amat membantu saya dalam melayan mesej pelanggan.

Ciri-ciri utama whatsapp business

1. Maklumat profil perniagaan lengkap

  • Mempunyai maklumat profile perniagaan. Ianya membantu untuk membuatkan perniagaan anda nampak lebih profesional dan jelas.
  • Pengesahan Perniagaan oleh pihak whatsapp terpapar di profile whatsapp perniagaan. Membuatkan pelanggan akan lebih percaya untuk berurus niaga.
  • Memaparkan waktu beroperasi, alamat premis, email dan website official perniagaan anda.

2. Messaging tools/ auto balas

  • Away message

Boleh diaktifkan semasa kita sibuk, bercuti atau tidak dapat membalas mesej pelanggan didalam tempoh tertentu.

Ianya boleh dijadualkan sama ada dihantar setiap masa, tempoh tertentu ataupun disetkan hanya selepas waktu perniagaan beroperasi (luar waktu operasi)

  • Greeting message

Boleh diaktifkan untuk pelanggan yang mesej anda buat pertama kali ataupun mesej yang tidak aktif selama 2 minggu.

  • Quick replies

Digunakan untuk “keyboard shortcut”. Bagi membalas mesej yang kerap ditanya oleh pelanggan. Ciri ini amat membantu menjimatkan masa dan mudah.

Anda cuma perlu simpan dialog yang kerap digunakan di bahagian “quick replies” ini dengan memberi nama panggilan yang bersesuaian dimulai dengan simbol “/”.

Semasa ingin memanggil ayat “quick replies” ini, anda cuma perlu taip “/” maka akan terkeluar senarai “quick replies” itu tadi.

3. Label

Kini anda lebih mudah untuk menguruskan dan menkelaskan pelanggan anda dengan menggunakan fungsi label ini.

Ini juga merupakan fungsi terpenting kepada peniaga yang menggunakan medium whatsapp dalam menerima order dari pelanggan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

22 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: