Books,  Career,  Review

Review: Career & family

Hampir setiap ibu muda mengalami dilema diantara mengutamakan kerjaya atau keluarga. Ada yang memilih untuk menjadi suri rumah, ada juga yang bekerja dari rumah dan dek kerana masalah kewangan, ada yang terpaksa keluar bekerja. Tidak dinafikan ada juga golongan ibu yang memang memilih untuk bekerjaya.

Buku ini ditulis oleh Angeline Teng, seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, tidak mempunyai pembantu rumah dan beliau merupakan seorang wania korporat yang berdedikasi dan telah bekerja lebih 10 tahun berkepakaran didalam Human Resources and Development. Beliau berkelulusan Master of art (Indusrial psychology) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diawal penulisan, penulis menceritakan dimana dia mengalami dilema untuk menjadi suri rumah setiap kali selepas kelahiran anaknya.

Antara perkara yang menjadi dilema bagi ibu muda untuk menjadi suri rumah sepenuh masa adalah;

  1. Ingin melihat perkembangan anak membesar didepan mata
  2. Percaya bahawa tiada yang dapat menggantikan tugas seorang ibu
  3. Anak sentiasa perlukan ibu

Pun begitu terdapat kekuatiran kesan jangka panjang dalam menjadi suri rumah sepenuh masa. Ianya jugalah yang memotivasikan penulis untuk meneruskan kariernya seperti;

  1. Bebas kewangan
  2. Berasa lebih selamat dan stabil
  3. Tidak mahu menyiakan pendidikan yang telah dicapai
  4. Untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak ianya memerlukan belanja yang besar

Beliau turut memuatkan hasil kajian yang mendapati dilema ibu muda ini sememangnya merupakan dilema global. Dimana-mana sahaja, naluri keibuan membuatkan ibu muda mengalami konflik diantara kerjaya dan keluarga. Penulis juga memberikan bukti statistik dilema golongan ibu muda dibeberapa negara luar.

Menurut akhbar The Star, 19th July 2011, wanita malaysia dikatakan menduduki tempat ke-16 (di dunia) dalam menghadapi tekanan didalam isu karier dan keluarga ini.

Dengan itu, buku ini menyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh golongan ibu muda berkerjaya dan sekaligus memberikan beberapa tip berkesan dan praktikal yang sangat membantu golongan wanita berkerjaya dalam menghadapi isu karier dan rumah tangga. Ianya merangkumi tips dari segi

  • cara mengawal emosi,
  • pembahagian masa
  • dan juga idea-idea yang membantu wanita didalam menyeimbangkan tugas karier dan rumah tangga.

Tip yang diberikan didalam buku ini juga mampu menjadikan ibu berkarier lebih tenang dalam menjalankan tanggungjawab, berdisiplin dan insyaAllah dapat melakukan kedua tugasan penting ini dengan baik dan menarik.

Kesan daripada mempunyai ibu berkarier bagi anak-anak adalah;

  1. Pendapatan ibu bapa mempunyai pengaruh langsung terhadap kualiti penjagaan dan kehidupan kanak-kanak
  2. “Quality parenting” boleh dilakukan walaupun ibu bekerja selagi tekanan berkaitan kerja dapat diurus dengan baik dan betul
  3. Ibu bekerja adalah model peranan yang berkesan, terutamanya untuk anak-anak perempuan
  4. Kanak-kanak cenderung berbangga bahawa ibu mereka bekerjaya
  5. Jika ibu dapat menyeimbangkan kerjaya dan keluarga, anak-anak dan kerjaya boleh berkembang dengan baik

Persoalan yang ditanya dibahagian akhir penulisan membuatkan pembaca akan berfikir dengan lebih mendalam dan berhati-hati dalam memilih cara yang terbaik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu mahupun wanita berkarier;

“Think about yourself 30 to 40 years from now – in your old age, twilight years. You have grown-up children with careers and children of their own. What would it be like if you chose one of the following options now?

1. You have given up your career for your family

Do all your children become successful graduates of top universities? Does your relationship with your husband become closer? Do you achieve your career potential? Do you make use of your God-given skills? Are you happy with your current situation in life?

2. You have given up your family for your career

Do you achieve your career objectives or ultimate corporate position? Are you financially rich or better still, a millionaire? Are you showered with fame and reputation in your industry or corporate Malaysia? Do your children grow up well with the minimum attention and parenting you can give them?

Think and decide. Follow your heart”

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

22 Comments

  • onlajer

    betul lagi kalau ibu yang dah ada kerjaya yang stabil, pangkat benefit yang umph lagi la dalam delima , antara memikir menjadi suri rumah ataupun kerjaya yang dibina.

  • Ruby

    SALAM,

    GOOD TOPIC ni kak. Bagus buku ni. Cuma, dari pengalaman saya. Ada pro dan contra. Masa usia saya 25 tahun saya macam mabuk cinta. Rasa sayang pada keluarga tu lain macam. Tak percaya org lain bleh jaga anak. Suami segalanya. Until saya letih. Saya penat. Saya sacrifice kerjaya setelah bernikah. 5 tahun pertama dah macam2 hal.

    Bila kita tak bekerja dan niat jaga anak dam suami. Kita dah tiada sumber kewangan seperti kita bekerja. Segalanya perlukan duit dan izin suami. Kesian saya tengok.

    Tp apa yang saya dpt adalah anak membesar depan mata. Banyak kena sabar. Isu duit tu paling banyak kena sabar. Waktu anak tidur saya selesaikan lg kerja rumah. Banyak perkara kena give and take. Harap-Harap suami suami sekalian appreciate lah. Hanya wanita ini yang sanggup buat begitu.

  • Angeline Teng

    Terima kasih for your kind words about my sharing, Ms. Nurhasanah and all readers/reviewers. Harap pembaca semua mendapat manfaat. Memang sukar untuk memilih antara keluarga dan kerjaya, terutamanya wanita professional dengan anak-anak muda. Besides asking the working adults around you about their working moms, ask God to help you decide and listen and reflect by yourself. Best wishes!❤️❤️

  • Fadzi Razak

    Saya sendiri jenis mak yang tak boleh tinggal anak dekat orang lain lama-lama. Dan anak pulak memang jenis melekat teruk dengan saya kalau kami berdua. Tapi kalau anak jumpe orang lain contohnya masa balik raya ke apa ke, memang dia berjalan cari orang lain.

  • Alia

    Saya WAHM …ada masa penat nk struggle dengan bisness sdri kt rumah di samping nak kena buat kerja2 rumah dengan handle anak2 lgi…
    Ada byk menda bila jadi emak ni kita brkorban…x kisah lah yg bekerja or tak bkerja..yg penting we respect each other…
    Bukan down kan each other…

    • Nurhasanah Ismail

      Ya betul tu puan. Saya sendiri pun jaga 3 orang anak sendiri sambil buat master dan bisnes online. Dengan siapa-siapa pun memang kita kena hormat even anak kecil kita.

      Jadi ibu muda memang bukan mudah. Berkerjaya (makan gaji atau bekerja sendiri) atau suri rumah semua ada struggle masing2.

      Semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah dan jumpa jalan yang menenangkan utk kita jalankan tanggungjawab kita 🙂

  • Mek Onie

    Akak! Salam perkenalan daripada Mek Onie. Menarik entri akak yang ni terutama bila menyentuh bab ibu bapa dan anak ini. Onie yakin buat masa sekarang rata-rata ramai ibu yang mementingkan kerjaya sekaligus tidak melupakan didikan anaknya. Disebabkan ekonomi sekarang sangat membimbangkan. Ibu iaitu kaum hawa pun berhak mencari rezeki. Apapun, buku ini sangat menarik dan suatu hari nanti onie dapat memiliki buku ini sebagai pembakar semangat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Follow

Get the latest posts delivered to your mailbox: