Edit gambar,  Tutorial

Tips asas: Langkah menghasilkan gambar produk menarik menggunakan apps snapseed

“Dari mata jatuh ke hati”

Biasa kita dengar kata-kata inikan? Ini juga merupakan tips yang penting didalam berniaga secara online.

Produk yang kita paparkan diinternet atau didalam flyer hendaklah memenuhi ciri-ciri yang boleh memukau hati pelanggan.

Bagi yang mampu membayar jurugambar profesional, lebih baiklah menggunakan khidmat mereka yang pakar. Sudah tentu hasil gambar produk akan sangat berkualiti dan menarik sesuai dengan kos servis mengupah jurugambar.

Untuk peniaga kecil, jangan risau. Ada cara mudah yang jimat untuk menghasilkan gambar produk supaya ia nampak lebih menarik dan menonjol.

Disini saya kongsikan cara menggunakan apps snapseed untuk mengedit gambar produk agar kelihatan lebih menonjol dan menarik dan yang penting ianya PERCUMA.

Sebelum itu, ada beberapa perkara asas yang perlu diambil kira semasa “shooting” gambar produk seperti

  • Pencahayaan yang cukup
  • Jenis kamera yang digunakan
  • Latar belakang yang cerah (sebaiknya berwarna putih)

Selepas itu, anda boleh ikuti langkah-langkah yang saya kongsikan didalam gambar dibawah.

Dibawah ini adalah hasil dari beberapa produk yang telah saya edit menggunakan apps snapseed.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Selamat mencuba!

Apps apa pula yang anda suka guna?


Disclaimer: Post ini merupakan perkongsian dari pengalaman dan pembacaan penulis. Ia bukanlah nasihat profesional dan penulis tidak bertanggungjawab keatas sebarang isu yang timbul.

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science of mechanical engineering. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

21 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *