Bisnes,  Pengeposan

Cara mengepos produk tanpa keluar rumah menggunakan servis PICKUP dari Pos Laju

Tips yang membantu mompreneurs dari segi pengeposan barang customer dengan mudah.

Jimat minyak petrol, masa dan tenaga.. malah wang!

Tips ini sangat sesuai untuk mompreneur yang hariannya superbusy dengan bisness, kerja rumah dan anak2 kecil. Dengan syarat, produk anda adalah “ready stok” ditangan anda.

Pengalaman sendiri merasakan betapa cara ini sangat membantu saya menguruskan bisness dari segi pengeposan barang customer.

Masa anak satu dulu boleh lagi lah pecut ke sana sini jumpa supplier, pos barang customer dan itu ini. Namun bila anak dah mula bertambah, pergerakan menjadi semakin terbatas, mengambil masa yang lebih lama untuk kerja pack dan post, lebih meletihkan dan emosi pun sedikit sebanyak terganggu dek kerana semua yang berlaku selalu tidak mengikut plan asal.

Saya mula memikirkan cara dan kaedah yang mampu melicinkan perjalanan bisnes saya sambil menjaga anak2 dan menyiapkan tesis master (masa itu sekitar awal tahun 2015, sedang sarat mengandung anak ke-2).

Nak dipendekkan cerita saya terjumpa cara menggunakan pos laju pickup servis. Caranya mudah seperi dibawah

1. Hubungi pos laju pickup hotline iaitu PosLaju On Demand Pickup : 1-300-22-5258 (1-300-22-LAJU)

2. Hendaklah menghubungi sebelum jam 2 petang untuk posmen pickup pada hari yang sama. Salin nombor rujukan yang diberikan oleh operator pos laju.

3. Posmen akan pickup diantara jam 2-6 petang

4. Parcel hendaklah telah siap dibungkus dan alamat customer sudah siap ditulis pada consignment note.

5. Bagi parcel yang telah berbayar, ianya lebih mudah kerana apabila posmen datang, anda cuma passkan sahaja parcel berkenaan (tak perlu bayar postage)

6. Untuk parcel timbang dan bayar, anda hendaklah siap2 timbang dahulu berat parcel dan sediakan duit secukupnya mengikut berat parcel anda. Rujuk rate harga pos laju disini.

7. Wajib sediakan juga bayaran perkhidmatan servis pickup ini iaitu sebanyak RM5.30 dan diberi kepada posmen.

Kesimpulan bayaran yang dikenakan adalah kos pengeposan parcel + kos servis pickup.

Servis pickup adalah percuma sekiranya anda membuka akaun bersama pos laju. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan akaun bersama pos laju ini, anda boleh hubungi talian hotline pickup servis pos laju di 1-300-22-5258

Dari pengalaman saya, terdapat beberapa kelebihan dan juga kekurangan didalam menggunakan servis ini.

Kelebihan

1. Jimat masa

Kerana anda tidak perlu bersesak-sesak di pejabat pos, takperlu beratur panjang, atau menunggu nombor giliran. Tidak perlu meredah jam dan berpusing-pusing mencari parking (parking dipejabat pos laju klang memang susah sangat nak dapat).

2. Jimat tenaga

Bayangkan mompreneur kena ke pos laju membawa anak. Atau membawa anak-anak. Termasuk parcel yang berbakul-bakul. Wooow.. Imagine sahaja sudah boleh stresskan?

3. Jimat minyak

Dapat mengurangkan kos operasi bisnes anda apabila tidak perlu ke pejabat pos dan meredah jam dan lampu isyarat. Tambahan pula jika pejabat pos laju terletak jauh dari premis/rumah anda.

4. Sesuai juga untuk tujuan personal

Bagi anda yang tidak berniaga dan malas hendak ke pejabat pos, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan pos laju pickup ini. Anda cuma perlu mempunyai consignment note pos laju dan bungkus parcel dengan kemas (boleh menggunakan apa-apa bungkusan yang sesuai).

Kekurangan

1. Sediakan consignment note

Perlu sentiasa ada stok consignment note. Consignment note ini anda boleh minta banyak-banyak dikaunter pos laju.

2. Sediakan wang secukupnya

Perlu mempunyai wang tunai yang secukupnya. Posmen tidak menyediakan duit baki. Tugas mereka cuma pickup sahaja.

3. Membayar servis pickup

Bagi yang tidak mempunyai akaun dengan pos laju, anda perlu membayar servis pickup sebanyak RM5.30.

4. Kemungkinan untuk miss pickup

Ada juga kes posmen tidak datang untuk pickup. Ada beberapa solusi untuk kes ini

a) Hubungi semula pickup hotline apabila posmen masih belum muncul sekiranya jam telah melebihi 5 petang. Beri nombor rujukan anda tadi dan minta supaya pickup dijalankan segera.

b) Jika sudah beberapa kali menggunakan servis pickup, ambil contact personal posmen yang selalu datang pickup. Kebiasaannya posmen yang tertentu ditugaskan untuk kawasan tertentu. Boleh sms dan ingatkan untuk pickup parcel anda.

Tips tambahan

Tetapkan hari pengeposan (contoh setiap Selasa dan Jumaat). Ini menjadikan kerja bisnes anda lebih teratur, tidak kelam kabut dan stress, dapat membahagikan masa untuk fokus pada akiviti bisness lain pada hari lain (seperti marketing, blogging, networking dan sebagainya).

Ini cara saya.

Bagaimana pula anda mengefisienkan kerja-kerja pengeposan anda?


Nantikan entry seterusnya dimana kaedah pengeposan yang lebih mudah dari ini! Follow saya untuk sentiasa mendapat update dan perkongsian yang bermanfaat. InsyaAllah.

Disclaimer: Post ini merupakan perkongsian dari pengalaman dan pembacaan penulis. Ia bukanlah nasihat profesional dan penulis tidak bertanggungjawab keatas sebarang isu yang timbul.

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science of mechanical engineering. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

15 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *