Aktiviti keluarga,  Keluarga

BBQ ringkas beserta budget untuk keluarga kecil

Hujung minggu lalu penulis dan family buat pertamakalinya berBBQ dibelakang rumah.

Selama ini berbbq bersama keluarga besar, makan beramai2 dan yang incharge masak dan bahan adalah abang kakak penulis yang memang mahir dan otai masak. Penulis tinggal makan dan tolong kemas-kemas je.

Kali ini penulis seronok pulak nak buat bbq sendiri. Yang penting ringkas dan tak memerlukan kos yang besar. Ada anak kecik-kecik memang kalau boleh nak simplify segala benda ye tak?

Berikut merupakan beberapa bahan masakan & barang ringkas yang kami sediakan untuk berbbq,

  • Nama: Portable folding oven
  • Harga: RM39.90
  • Lokasi beli: Giant seksyen 7, Shah Alam

  • Nama: Arang
  • Harga: RM10 (Cukup 5 kali bbq)
  • Lokasi beli: Kedai berhampiran rumah

Berikut merupakan bahan2 ringkas yang digunakan untuk berbbq

  1. Daging kambing
  2. Sosej
  3. Meatball
  4. Sos bbq kimball
  5. Garam
  6. Gula
  7. Lidi
  8. Tisu dapur

Cara penyediaan :

  1. Gaulkan sos bbq kimball, garam dan sedikit gula pada daging kambing, sosej, meatball.
  2. Perap selama 1 jam.
  3. Bakar tisu dapur bersama arang.
  4. Selepas bara api hidup, maka bolehlah mula membakar bahan perap tadi di atas besi portable oven itu.
  5. cucuk sosej, meatball dan segala makanan comel-comel kegemaran anak-anak itu pada lidi supaya tak bergolek diatas besi oven.

Kenapa kami guna tisu dapur? kerana api tahan lebih lama dan kurang pencemaran udara dimana asap yang terhasil adalah sedikit. Jenuh juga tangan nak mengipas untuk hidupkan api. Akhirnya kami menggunakan kipas meja! Efisyen, jimat tenaga dan masa.

Kami sangat menikmati family time ini, muka anak2 memang comot dek arang dan kuah bbq. Suamilah yang paling kepenatan sebab dia seorang saja manpower yang berpenat lelah membakar.

Melakukan aktiviti ini dihalaman rumah memang menjimatkan masa, duit dan amat menyeronokkan. Sekali sekala apa kata anda cuba pula!

Apa pula aktiviti family anda yang menyeronokkan dan sesuai untuk dilakukan dengan anak-anak kecil?

A passionate mompreneur & momblogger. Owner of Simply Adorable Muslimah Style (an enterprise company for Muslimin & muslimah basic clothing). Have a Master degree in science of mechanical engineering. Someone who love technology, systematic management and networking. Will only recommend things that I'm satisfied with.

26 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *